Welcome To Korea Umno Club

Archive for December, 2010

Kata-kata aluan Badan Penerangan

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1Malaysia kepada semua warga Malaysia tidak kira di mana saja anda berada.

Terlebih dahulu, saya sebagai Ketua Penerangan Kelab UMNO Korea dan mewakili Naib Ketua Penerangan ingin mengucapkan selamat meninggalkan tahun 2010 dan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua.

Kami dari Badan Penerangan memulakan madah kami di website rasmi Kelab UMNO Korea dengan serangkap pantun yang berbunyi,

Menyokong dikatakan orang kerajaan,
Menentang pula dikatakan pembangkang,
Pemimpin yang bijaksana dalam pembinaan,
Untuk kesejahteraan ummah akan datang.

Insyaallah kami dari Badan Penerangan akan berusaha untuk memberi input dan maklumat yang sahih untuk menjadi rujukan semua warga Malaysia di Korea Selatan.

Akhir kata dari kami di Badan Penerangan, kami harapkan agar semua dapat menyokong kami untuk memajukan lagi KUK dan juga memajukan lagi sahsiah diri setiap insan.

Wassalam.

Ketua Penerangan dan Naib Ketua Penerangan Kelab UMNO Korea 2010/11


Kem Musim Dingin 2010

Kelab UMNO Korea dan KIMS (Korea Islamic Malaysian Students) akan mengadakan Kem Musim Dingin 2010[KEMUDI 2010] ( Dahulu dikenali sebagai Jalinan Ukhwah Musim Sejuk) pada 31 DIsember 2010 sehingga 2 Januari 2011. Banyak aktiviti menarik telah dirancangkan.

Marilah sama-sama kita memriahkannya.


Kem Kepimpinan AJK 2009/2011

Pada  18 Disember hingga 19 Disember 2010 Kelab UMNO Korea telah mengadakan satu kem kepimpinan bagi semua AJK baru dan lama. Objektif kem ini adalah untuk memupuk sifat kepimpinan didalam semua AJK  bagi memastikan pengurusan kelab dapat dilakukan dengan lancar bagi sesi ini.

Pihak KUK juga telah menjemput wakil dari KIMS (Korea Islamic Malaysian Students) bagi menyertai kem 2 hari 1 malam ini.

Terdapat beberapa slot telah diadakan antaranya slot Mengenali Apa itu pemimpin yang telah dikelolakan oleh En. Shukri bin Abdullah Sani, Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia Korea. Beliau juga merupakan penasihat bagi Kelab UMNO Korea.

Kem ini juga turut memaparkan slot Cara Berkomunikasi dengan Betul yang  telah dikelolakan oleh En. Amirul Rizal Abd Rahim, Pengarah Tourism Malaysia di Seoul.

Dalam slot LDK, para AJK dikehendaki membincangkan Visi dan Misi setiap Biro dan perancangan yang akan diadakan bagi sesi kali ini. Ketika pempentangan AJK-AJK lain dibenarkan memberi pandangan atau bantahan mengenai program atau perancangan yang dibentangkan.

 Diharapkan Kem Kepimpinan ini dapat mencapai objektifnya dan seterusnya dapat membawa Kelab UMNO Korea kearah yang lebih baik.


Selamat Datang

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Kelab UMNO Korea (KUK) yang baru. Laman web ini akan menggantikan lawan web sebelum ini. Sebarang perkembangan mengenai aktiviti- aktiviti KUK akan dipaparkan di laman web ini.

Selamat membaca


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.