Era Kebangkitan Islam dan Suara Rakyat
Protest in Egypt,against Hosni Mubarak’s tyrannical regime
After the fall of Tunisia’s government, we say a tidal wave of protests and revolutions taking place in other countries throughout the Middle East which share the same problems that Tunisa faced– high unemployment, high inflation, corrupt government, lack of civil rights, young and or educated work force, high government spending while cutting back funds for the public. Other countries that face these charactersitics are– Egypt, Jordan, Syria, and Iran.
Assalamualaikum w.b.t
Berbekalkan semangat ingin melihat sebuah perubahan di negara mereka, rakyat bersatu,tidak kira fahaman politik,tidak kira agama,bersatu menjatuhkan rejim mungkar,rejim kuku besi,rejim yang tidak kenal erti kemanusiaan,rejim Hosni Mubarak. Memegang tampuk pemerintahan selama 30 tahun dan kini usianya sudah mencecah 82 tahun,masih lagi tidak mahu menyerah kalah walaupun rakyat sudah merusuh. Jika keadaan ini berlaku di Malaysia,adakah keadaannya juga akan sama? Wallahualam
Mungkin ini yang dinamakan sebagai titik perubahan, mungkin juga sebuah tanda angin perubahan dalam senario politik Tanah Arab. Dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain,angin perubahan berganjak. Bermula di Tunisia dan kini Tunisia sudah bertukar tampuk pemerintahannya. Rakyat yang dizalimi bangkit untuk menuntut perubahan. Isteri para diktator membazirkan harta rakyat. Alhamdulillah negara kita tidak punya pemimpin sebegitu. Negara kita tidak punya pemimpin yang beristerikan isteri yang membazir. Tidak punya isteri yang membazirkan harta rakyat dengan membeli belah mahupun menetap di hotel mewah yang perlu dibayar hingga jutaan ringgit hanya untuk semalaman. Alhamdullillah kita tidak punya pemimpin sebegitu.
Titik tolak perubahan dalam negara Arab mungkin akan sampai ke negara-negara lain. Mungkin juga sampai ke negara bukan Islam. Siapa tahu itu semua. kun fayakun. Maka jadi,jadilah ia.Dengan ketentuan-Nya segalanya akan terjadi.
Mungkin sinar baru di negara Arab akan menjelma?
Mungkin benar Mesir kini huru-hara,kejadian rogol,rompak kini berleluasa kerana polis yang sudah melarikan diri,balai polis sudah dibakar,tetapi tanpa protes ini adakah pemerintah akan sedar?adakah pemerintah akan membuat perubahan? Apa yang kita mampu lakukan hanyalah berserah kepada Allah S.W.T agar saudara kita di sana selamat.
Yang inginkan Perubahan dan Transformasi;
Ketua Penerangan Kelab Umno Korea 2010/11
Demokrasi berparlimen, hak atau sekadar lakonan
*Gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini Bahagian Penerangan website ini.
Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar di Korea Selatan.
Saya tidak ingin membuang masa terlampau banyak, sekadar untuk membuatkan kita berfikir sejenak tentang negara kita yang tercinta, -MALAYSIA-
Semua orang tahu,-MALAYSIA- adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dengan Ketua Negara adalah Yang di Pertuan Agong dan penasihatnya adalah Perdana Menteri. Ya! Itu adalah yang kita tahu sejak sekian lama dahulu. Seorang Raja Berperlembagaan dilantik dari golongan 9 orang Raja-Raja Melayu di Malaysia.
Tetapi adakah mereka semua dihormati?Adakah mereka disanjung kini? Saya sebagai anak Malaysia berbangsa Melayu amat kecewa dengan segelinitir pihak yang cuba mempolitikkan sesetengah perkara sehingga lupa asal usul mereka. Sultan sebagai simbol kedaulatan agama Islam itu sendiri. Tanpa Sultan,dengan undang-undang yang berlatarbelakangkan undang-undang British,siapa kita di bumi Malaysia? Adakah kita ingin lihat anak bangsa kita,mengamalkan penyatuan agama sehingga hilang jati diri Islam di dalam dirinya?
Sebagai pelajar dan rakyat yang terpelajar,kita harus semai dan bina jati diri kita sebagai Muslim yang sejati. Tunaikan hak kita sebagai pengundi yang sah di negara kita. Merujuk kepada gambar hiasan, tidak kira siapa yang anda pilih, BULAN YANG MENYINARI ataupun DACING YANG ADIL LAGI SAKSAMA, itu semua hak anda. Islam ada mengajar garis panduan kita sebagai pemilih. Pilihlah Islam. Pilihlah sebaik-baiknya. Buktikan negara kita sebuah negara demokrasi berparlimen.
Sekian
Ketua Penerangan Kelab UMNO Korea
Jauh perjalanan, lebar pemikiran, luas pandangan (siri 1)

“Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama’a bainakuma fii khaiiir”
Lagu ini sudah berjaya ditemui selepas puas membelek lagu-lagu dalam senarai playlist Ipod Touch 32G penulis. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam dari LCCT hingga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan menggunakan perkhidmatan AirAsia terasa amat singkat kerana digunakan sepenuhnya dengan mengelamun, berfikir tentang rakan yang akan melangsungkan majlis pernikahannya pada keesokan hari. Bukan mudah untuk berkahwin pada usia muda!!!. Sengaja memainkan lagu ‘Maher Zain – Barakallah’ kerana ingin merancakkan lagi lamunan perasaan. Sudah semestinya lamunan penulis itu banyak berkait tentang alam perkahwinan. Rakan-rakan seringkali salah faham terutamanya apabila sahaja topik perbualan tertumpu mengenai alam perkahwinan selalunya orang yang memulakan topik itu mesti akan dilabel sebagai ‘despo’(desperate). Sebenarnya pada usia sebegini berfikir tentang perkara tersebut adalah sesuatu kemestian tetapi ia bergantung sejauh manakah relevannya perkara yang ingin dibincangkan. Perbincangan tentang topik sebegini juga menunjukkan sejauh mana tahap kematangan seseorang itu memandangkan topik alam perkahwinan sama pentingnya seperti topik pekerjaan, dalam erti kata lain kehidupan pada masa hadapan. Demi masa hadapan yang baik tentunya perancangan yang tersusun serta usaha dan pengorbanan yang berterusan diperlukan demi menyemai cita yang diimpi. Dalam konteks alam perkahwinan, seorang lelaki semestinya inginkan perempuan yang solehah dan seorang perempuan mesti inginkan lelaki yang soleh… DAN keinginan itu tidak akan tercapai hanya dengan kata-kata dan angan-angan sahaja… jadi bagaimana ?
“Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula).” (Surah An-Nur:26)
Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Mencari yang terbaik tidak akan berhasil kecuali dengan diri sendiri berusaha kearah kebaikan… Wassalam.
Tahniah diucapakan kepada Hazim dan Fatin diatas perkahwinan mereka. Semoga bahagia dunia dan akhirat.
Pengenalan dari Biro Sukan dan Kebudayaan
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera dari Biro Sukan dan Kebudayaan sesi 2011 buat semua warga Malaysia terutamanya yang berada di Korea Selatan.
Biro Sukan dan Kebudayaan merupakan salah satu komponen dalam Kelab Umno Korea. Visi yang dibawa oleh biro ini pada penggal kedua sesi 2010-2011 merupakan setiap ahli yang tamat pengajian akan memiliki kebolehan dalam pelbagai bidang pengetahun,kemahiran bersosial,sahsiah diri yang berkualiti,serta aktif dalam bidang sukan . Sehubungan itu, Biro Sukan dan Kebudayaan telah merangka beberapa perancangan tahunan yang menarik dan buat ahli KUK . Di samping itu, biro kami juga akan sentiasa menyalurkan maklumat-maklumat dan informasi menarik dari semasa ke semasa.
Akhir kata, kami amat berharap penyertaan yang menggalakkan daripada warga Kelab Umno Korea. Jangan lepaskan peluang ini, daftar segera sebagai ahli KUK sekarang! ^^
Pendaftaran sebagai ahli KUK terbuka dari semasa ke semasa
Jadilah ‘TIANG’ Yang Baik
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
“Wanita adalah Tiang Negara , jika baik Wanita sesuatu Negara maka baiklah Negaranya. Dan jika rosak mereka maka akan hancur pulalah Negaranya.”
Assalamualaikum buat semua..
Bagaimana dengan cuti semester kalian? Pastikan cuti semester kali ini terisi dengan perkara yang bermanfaat dan bermakna. HELWA menjumpai ungkapan ini ketika membaca sebuah majalah, terasa gembira untuk berkongsi buat semua pembaca. ^^
Apa kata kita sama- sama renungkan maksud ungkapan di atas ? Pada post yang akan datang, HELWA akan berkongsi maksud sebenar ungkapan ini.
p/s : HELWA mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai Hazim dan Fatin. ^^
Park Ji-Sung-Kebanggan Korea,Kebanggaan Asia
Assalamualaikum w.b.t
Mungkin semua agak pelik dengan tajuk pos kali ini. Memang tiada kaitan langsung dengan politik atau kepimpinan. Hanya berkisar tentang seorang pemain yang berasal dari bumi Sonata, Park Ji-Sung(gambar).
Mungkin ada yang kenal,mungkin ada yang tidak kenal siapa dia Park Ji Sung.
Park Ji-Sung lahir tanggal 25 Febuari 1981 di Suwon,Korea Selatan,merupakan anak jati bumi Sonata. Beliau adalah seorang pemain bola sepak profesional yang bermain bagi juara 18 kali Liga Perdana Inggeris,Manchester United. Park juga merupakan kapten bagi pasukan kebangsaan Korea Selatan.
Secara umum,semua orang tahu siapa dia Park Ji Sung,bertubuh kecil. Beberapa kali mencuba nasib untuk menjadi pemain bola sepak tetapi ditolak mentah-mentah,atas alasan,tubuhnya yang bersaiz kecil. Tetapi dengan usaha gigih,akhirnya beliau berjaya menapak ke dalam arena bola sepak antarabangsa.
Serba sedikit tentang anugerah dan pencapaian beliau
- Kyoto Purple Sanga
- J. League Division 2 Champions: 2001
- J. League Division 2 MVP: 2001
- Emperor’s Cup Winner: 2002
- Emperor’s Cup MVP: 2002
- J. League Best XI: 2001
- J. League Best XI: 2002
- PSV Eindhoven
Holland Casino Eredivisie Champions: 2004/05
- Holland Casino Eredivisie Best XI: 2004/05
- Amstel Cup Winner: 2005
- Amstel Cup MVP: 2005
- Manchester United
- League Cup Winner: 2006
- Premier League Champions: 2006/07
- Republik Korea
- Piala Dunia FIFA Fourth Place: 2002
- Personal Honours
- One of five nominees for the best forward/striker category in the prestigious UEFA Club Football Awards. The other four were Adriano (Inter), Eto’o (Barcelona), Ronaldinho (Barcelona), and Shevchenko (AC Milan): 2005
- European Footballer of the Year Candidate: 2005
- Eurosport Best XI midfielder: 2007
- UEFA Champions LeagueBest XI: 2005
- Premier League Best Midfielder: 2006
- UEFA Champions League Best Midfielder: 2005
- FIFA.com’s Best Asian Footballer in Europe: 2007
Itu serba sedikit tentang Park Ji-Sung. Beliau telah menunjukkan bahawa keadaan fizikal yang kecil tidak membantutkan perjalanan hidupnya. Beliau membuktikan kejayaan seseorang itu bergantung kepada usaha dan semangat masing-masing dalam mengejar cita-cita.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiriSurah Ar-Ra’d (ayat 11)
Sebagai muslim,kita perlulah berusaha dengan sepenuh hati dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Sekian
Kelab UMNO Korea
Laporan Kem Musim Dingin 2010/11 (KEMUDI)
Pada 31 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011 yang lalu Kelab Umno Korea dengan kerjasama Korea Islamic Malaysian Students telah menganjurkan Kem Musim Dingin(KEMUDI) atau dahulunya dikenali sebagai Jalinan Ukhwah Musim Sejuk(JUMS) di Kiwa Youth Hostel. Kem kali ini menampilkan idea dan nafas baru dengan sentuhan terkini berkonsepkan ukhwah dan kepimpinan. Tanpa meminggirkan aspek-aspek kerohanian, selari dengan kehendak era globalisasi kem kali ini yang melibatkan peserta seramai 94 orang telah dijalankan bertujuan mencungkil bakat kepimpinan dalam diri masing-masing.
Speaker yang dijemput khas pada kali ini ialah Ustaz Muhammad Fauzi Bin Asmuni (Naib Presiden ll Ikatan Muslimin Malaysia), En.Mohd Shukri Bin Hj Abdullah Sani (Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia Korea) dan En.Mohd Amirul Rizal Abd Rahim (Pengarah Tourism Malaysia Seoul). Program yang menelan belanja 5065530 won tajaan Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yayasan Pelajaran Mara dan UNIMAP ini telah berjaya mencapai misi dan objektifnya berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta program.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam kem ini ialah sesi parlimen, slot kepimpinan, kembara diri, sesi perkongsian, forum Islam Di Jendela Dunia, LDK dan lain-lain. Pelbagai program baru bertemakan kepimpinan islamik dan dinamik diperkenalkan dan peserta program banyak didedahkan dengan situasi sebenar dunia hari ini. Pihak penganjur juga telah menyediakan hadiah kepada peserta kem terbaik dan kumpulan terbaik. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah dirasmikan oleh En.Shukri Bin Hj Abdullah Sani.
Disediakan oleh,
Siti Zulaihah Bt Abd Karim
Naib Setiausaha
Kelab Umno Korea 2010/2011
PEMBUKA BICARA
Setingi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan wujudnya sudut hal ehwal keagamaan dan kebajikan dalam laman web rasmi Kelab Umno Korea (KUK) adalah sangat tepat pada waktunya. Memandangkan zaman kini adalah pada zaman era globalisasi, maka adalah tidak mustahil penggunaan internet sebagai medium dakwah adalah medium yang tidak boleh disangkal lagi keberkesanannya. Kami “Biro Agama Dan Kebajikan KUK sesi 2010/2011” amatlah berbesar hati jika sudut kami yang tidak seberapa ini dapat dikongsi faedahnya bersama pelawat-pelawat laman web ini. Sebarang komen, cadangan, pembetulan, penambahbaikan, perkongsian dari pihak pembaca adalah amat kami alu-alukan. Kami akhiri ‘pembuka bicara’ sudut ini dengan maksud dari sepotong ayat Al-Quran sebagai wadah untuk para pembaca berfikir dan menghayatinya…….
Wassalam…
Kata-Kata Aluan dari Biro Hal Ehwal Wanita
Assalamualaikum w.b.t.
Salam taaruf daripada kami, Biro Hal Ehwal Wanita sesi 2011 buat semua warga Malaysia terutamanya yang berada di Korea Selatan. Walaupun sudah hampir seminggu kita melangkah ke tahun baru, namun tidak terlambat rasanya untuk kami terlebih dahulu mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada anda.
Seperti anda semua sedia maklum, Biro Hal Ehwal Wanita baru sahaja menapak buat kali pertama di dalam Kelab Umno Korea. Objektif penubuhan biro ini adalah menjadi platform untuk ahli-ahli wanita mengembangkan potensi dan kemahiran diri. Sehubungan itu, Biro Hal Ehwal Wanita telah merangka beberapa perancangan tahunan yang menarik buat ahli KUK khususnya wanita. Di samping itu, biro kami juga akan sentiasa menyalurkan maklumat-maklumat dan informasi menarik yang berkaitan dengan wanita dari segi kesihatan, penampilan dan masakan dan lain-lain.
Akhir kata, kami amat berharap penyertaan yang menggalakkan daripada warga Kelab Umno Korea. Jangan lepaskan peluang ini, daftar segera sebagai ahli KUK sekarang di ruangan daftar online!^^
Wassalam..
Pemimpin Harus Rampas Harta Rakyat Menurut Islam ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Setiap individu Islam yang beraqal waras dan sihat wajib memikir dengan bersungguh untuk mengenali pimpinan mereka dan juga setiap bakal pemimpin. Wajib juga mereka membuat segala usaha termampu untuk mengetahui sikap, kecenderungan, track record dan kekuatan para pemimpin yang INGIN dipilih khususnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan perlantikan melalui proses pilihanraya, atau juga melalui proses perlantikan khusus.
Ada yang mengajukan pertanyaan kepada saya sama ada di dalam Islam seorang pemimpin boleh mengambil hak milik individu seseorang sama ada hak kebebasannya, hak hartanya atau lainnya. Benarkah jawapannya adalah HARUS ? dan adakah asas di dalam Islam yang membenarkannya?.
SEJARAH PANDUAN
Khalifah Umar al-Khattab pernah menunaikan umrah ada bulan Rejab tahun 17 Hijrah. Masjid al-haram di zaman Nabi s.a.w dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq tidak mempunyai sebarang pagar yang mengelilingi masjid, yang ada hanya ruang halaman untuk tawaf. Namun apabila bilangan umat Islam bertambah, halaman yang dahulunya selesa sudah menjadi sempit sehingga boleh memudaratkan para tetamu Allah.
Keadaan ini menyebabkan Umar r.a berfikir untuk memperluaskan halaman tawaf. Untuk tujuan tersebut Umar r.a membeli beberapa buah rumah di sekitar masjid, seterusnya diruntuhkan dan ditukar menjadi ruang halaman tawaf. Namun demikian, beberapa pemilik rumah di sekitar Masjid Al-Haram enggan menjualkan rumah mereka kepada kerajaan, walaupun telah ditawarkan dengan harga yang munasabah lagi adil.
Akhirnya, Khalifah umar mengambil keputusan merampas dan meruntuhkan rumah-rumah tersebut dan meletakkan bayaran pampasan yang adil dan mencukupi di Baitul Mal bagi diambil kemudiannya oleh pemilik-pemilik rumah. Ia diletakkan di Baitul Mal kerana pemilik rumah berdegil enggan berurusan. Akhirnya, mereka pergi juga mengambil wang pampasan mereka.
Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika khalifah Umar r.a inigin memperbesarkan masjid Nabawi. [1] Khalifah Uthman r.a turut melakukan hal yang sama ketika masjidil haram memerlukan lagi pembesaran dan turut berhadapan dengan beberapa pemilik rumah yang enggan, lalu dirampas dan diberikan pampasan yang adil dan sesuai.
Memang benar, semua tindakan ini jelas harus di dalam Islam, ia merupakan sebuah kuasa khusus diiktiraf oleh hukum Islam, khusus diberikan kepada sang pemimpin yang amanah mendahulukan keutamaan awam. Namun demikian, tentunya ia bersyarat, antara syaratnya seperti :-
1) Mestilah dilakukan permohonan kepada pemilik terlebih dahulu.
2) Rayuan dan rundingan bersama pemilik.
3) Memberikan harga pampasan yang adil lagi saksama.
4) Rampasan benar-benar dilakukan HANYA untuk tujuan dan maslahat umum, tiada kaitan dengan pula dengan keuntungan peribadi sang pemimpin. Tidak juga memberikan sebarang keuntungan kewangan peribadi kepada pemimpin.
Tatkala syarat ini dipenuhi, rampasan dan pencerobohan hak individu dianggap harus dan tergolong di dalam kaedah Fiqh yang menegaskan :-
يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
Ertinya :”Kemudaratan yang bersifat khusus (kepada individu) terpaksa ditanggung demi menolak kemudaratan umum”
SEBAB ITULAH ….
Memang benar, keredhaan menjadi antara syarat utama dalam sebuah proses jual beli biasa, namun demikian sebuah paksaan boleh dijatuh dan ditentukan oleh SANG PEMIMPIN demi menjaga kebaikan umum, Peruntukan kuasa yang diijktiraf oleh islam ini menjadikan pemilihan dan perlantikan seseorang pemimpin menjadi amat penting buat setiap individu masyaratkat.
Ini kerana di dalam sistem pilihanraya berparlimen, rakyat patut faham, tiada siapa yang boleh melepaskan diri dari tanggungjawab memilih yang terbaik kerana kelak, pimpinan yang naik itu punyai peruntukan untuk merampas hak milik individunya HANYA DENGAN alasan kepnetingan dan kemaslahatan awam yang DITENTU DAN DINILAIKAN SENDIRI oleh pemimpin tersebut. Jika korup dan buruk iman pimpinan itu, buruklah pula penilaian ‘kepentingan awamnya’.
MALANGLAH…
Justeru itu, amat malanglah jika seorang pemimpin buruk budi pekerti terpilih lalu kelak nanti mereka akan menggunakan kuasa yang diiktiraf Islam ini, BUKAN LAGI atas penilaian yang adil dan saksama serta kepentingan umum yang disyaratkan Islam, tetapi diubah dan dihalalkan bagi menjayakan nafsu dan kepentingan peribadinya. Kepentingan peribadinya dianggap kepentingan umum. Tatkala itu, siapa yang ingin dipersalah?
Atas kefahaman ini, TIDAK BOLEH seorang pengundi yang waras AQALNYA, lagi mampu tubuhnya melarikan diri dari tanggungjawab mengundi, mengasingkan diri dari pemilihan dan tidak memberikan pandangan dalam perlantikan pengundian dan lainnya.
Jika masih malas dan berdegil tunggulah nanti hak peribadi di rampas atas nama kepentingan umum yang palsu. Tatkala itu, menyesal sudah tidak lagi beerti. Fikirkanlah sebaik dan sewarasnya.
Sekian
Rabat, Morocco























