KUK T-SHIRT CONTEST
Serlahkan bakat anda dengan menyertai pertandingan mereka kemeja-t yang diadakan sempena sambutan ’10 Tahun KUK’.
Hadiah menarik dari KUK menanti anda!!
Garis panduan
1.Rekaan bertema “10 TAHUN KUK (kelab umno korea)” .
2.Warna tidak terhad tetapi penggunaan warna merah digalakkan.
3.Rekaan terhad untuk bahagian depanbelakang atau depan atau belakang sahaja.
4.Seorang peserta hanya boleh menghantar 3 rekaan berlainan.
5.Pemenang akan dipilih melalui undi.Rekaan yang menarik dan mendapat undian terbanyak dikira pemenang.
Undi akan dilakukan di Facebook sejurus tarikh tamat penyertaan.
6.Hadiah menarik dari KUK akan diberikan selain mendapatkan kemeja-t tersebut secara percuma.
Semoga Berjaya!!!
Amanah…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sudah agak lama saya tidak menulis di sini dan pagi ini rasa terpanggil pabila terlihat gambar di atas,gambar seorang kanak-kanak mengimamkan satu jemaah solat.Ajak janggal jika kita lihat kerana kebanyakan orang yang dipilih menjadi imam adalah orang yang lebih tua ataupun lebih berpengalaman tetapi itu lebih kepada ”kebiasaan”,bukanlah satu kewajiban.Betulkan saya jika saya salah,jika anda yang sedang membaca ini saya ada ilmu yang bermanfaat,sila membuat teguran.
Definisi amanah
Gambar tersebut merupakan satu mukadimah dalam entri kali ini. Kali ini saya lebih menjurus ke arah ,AMANAH,
Amanah berasal daripada perkataan Arab, amana, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam konteks akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang dipercayai dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan amanahnya itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni.
Pelaksanaan
Di atas merupakan satu definisi yang lebih terjurus ke arah makna perkataan dan bukanlah pelaksanaan. Kita seringkali kecoh dan kelam kabut dengan makna tetapi tidak melaksanakan perkara tersebut.Sebagai contoh,orang kita pada suatu masa pernah kecoh dengan makna sembahyang. Ada yang mengatakan perkataan ini berasal dari Sembah Hyang,tetapi kita penggunaan perkataan solat lebih afdal tetapi apa yang saya ingin sampaikan adalah pelaksanaan.Dalam erti kata lain,laksanakan perkara wajib itu daripada kita membazirkan masa dengan perkara remeh temeh.Laksanakan sesuatu perkara dengan ikhlas kerana Allah SWT.
Memandang rendah dan memperlekeh
Acapkali kita sebagai manusia,memperlekeh sesuatu usaha atau memandang rendah niat baik seseorang,Sebagai contoh,seorang bendahari yang tahu amanah yang dipikul,mengingatkan teman-teman agar bersifat amanah dalam setiap urusan kewangan tetapi dikatakan ”skema” dan ”tidak sebulu” dengan mereka,tetapi bila kita renung kembali,peranan seorang bendahari itu(atau sesiapa sahaja yang menguruskan kewangan) amatlah besar,dan leka dalam urusan itu mengakibatkan ketandusan dalam satu organisasi.
”salahguna kuasa dalam pengurusan kewangan”
Iktibar dari amanah Khalifah Umar Abdul Aziz
Salah satu contoh yang dapat dijadikan pengajaran ialah kisah khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang diceritakan oleh Amru Bin Muhajir. Pada suatu malam, ketika beliau didatangi oleh anaknya sendiri di pejabat khalifah, Umar terlebih dahulu berkata:
”Adakah kamu datang untuk urusan muslimin atau keluarga?”
Setelah anaknya menjawab untuk urusan keluarga, lantas Umar memadamkan lampu pejabatnya. Bila anaknya bertanya tentang tindakannya itu, Umar menjawab:
“Lampu ini adalah milik negara, sedangkan kamu datang untuk urusan keluarga”
Lalu Umar pun menyalakan lampu miliknya sendiri. Inilah ketinggian amanah pada diri khalifah Umar Bin Abdul Aziz dalam menjaga dan menguruskan harta kaum Muslimin.
Kesimpulan
Seseorang itu tidak kira muda atau tua,miskin atau kaya,berpangkat atau tidak,haruslah dan wajiblah memiliki sifat amanah dalam diri.Ambil iktibar dalam kisah para sahabat dalam memegang satu amanah dan laksanakan dalam kehidupan seharian.
SEOUL FRIENDSHIP FAIR 2011
Saban tahun Korea Selatan mengadakan Seoul Frienship Fair bagi memperkenalkan negara serta budaya negara masing-masing.Program ini memainkan peranan penting sebagai satu landasan untuk mempromosikan Malaysia yang terkenal dengan slogan katanya iaitu “Truly Asia” sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong ke Negara kita.Pada 7 dan 8 Mei 2011 yang lalu,sekali lagi Kelab Umno Korea (KUK) dengan kerjsama Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) telah mencipta sejarah setelah berjaya menganjurkan program Seoul Friendship Fair 2011 buat kali kedua.Kami telah menyediakan “Booth Makanan” dan “Booth Kebudayaan”.Program ini mendapat sambutan yang sungguh hangat daripada rakyat korea dan negara-negara lain sehingga pengunjung terpaksa beratur untuk membeli makanan di booth makanan Malaysia dan mencuba permainan tradisional Malaysia seperti congkak.Penari-penari di kalangan pelajar Malaysia di sini juga mempersembahkan Tarian Tradisional Malaysia yang cukup menghiburkan pengunjung.Program ini bukan saja disertai oleh pelajar-pelajar Melayu namun turut disertai oleh semua pelajar tidak mengira kaum,bangsa dan agama selaraskan dengan laungan “1Malaysia” yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak.Program ini telah diadakan di sekitar kawasan Seoul Plaza bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 7 malam bagi kedua-dua hari.Persiapan dan penyediaan makanan pula telah dilakukan pada malam jumaat dan sabtu di kediaman En. Mohd Shukri b Hj Abdullah Sani,Penasihat Kelab Umno Korea(KUK).Objektif program ini berjaya dicapai sebagaimana yang telah disasarkan.Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
- Memberi pendedahan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di Korea Selatan dan sebagai duta kecilNegara bagi memperkenalkan Malaysia kepada dunia luar.
- Mempromosikan pelancongan Malaysia melalui persembahan kebudayaan serta jualan makanan-makanan tradisional popular Malaysia di Seoul.
- Untuk menarik dan meningkatkan lagi minat warga asing agar melancong ke Malaysia melalui pelbagai pakej yang dipromosikan oleh brosur-brosur yang disediakan oleh Malaysia Tourism Promotion Board(MTPB).
Program Seoul Friendship Fair merupakan satu batu loncatan kepada Negara untuk bergerak setapak ke hadapan dalam bidang pelancong.Bukan sahaja memberi peluang kepada setiap Negara mempromosikan Negara masing-masing malahan program ini menjadi medium bagi para pelajar berkomunikasi dengan wakil-wakil dari Negara lain.Justeru itu,program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan sesebuah Negara lain.Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan.
Disediakan oleh;
WAN MOHD HANIF BIN WAN ISMAIL
BENDAHARI
KELAB UMNO KOREA 2009/11
Program Dakwah dan Tarbiyah 2011
Pada 30 April 2011 yang lepas, Kelab Umno Korea Selatan julung-julung kalinya telah berkerjasama dengan Korea Student Muslim Student Union dan Korea Muslim Federation (KMF) dalam mengadakan program Dakwah dan Tarbiyah yang pertama bertempat di Masjid Besar Itaewon, Seoul. Program bulanan ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada masyarakat yang berada di Korea sama ada beragama Islam dan masyarakat bukan Islam untuk mempelajari lebih dekat berkaitan Islam dan membetulkan persepsi masyarakat Korea terhadap Islam.
Pada bulan ini program ini telah dipenuhi dengan tiga sesi. Sesi petama membincangkan mengenai Al-Quran, sesi kedua membincangkan topik keindahan ciptaan Allah dan sesi terakhir berkisar sejarah Nabi Muhammad. Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang selepas solat Asar. Para peserta program yang terdiri dari Korea, Malaysia, Pakistan dan Singapura saling kenal mengenali antara satu sama lain, merapatkan lagi silaturrahim.
Diharapkan program kedua yang dirancangkan pada 28 May 2011 ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan dari para peserta program.
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM
Kaunter pendaftaran peserta:
Presiden Korea Muslim Student Union
Sesi Sejarah Rasullulah
Para Peserta program
Ketika program berlangsung
BENGKEL KOMUNIKASI BIRO POLITIK DAN KERJAYA
Pada 30 April 2011, Biro Kerjaya dan Politik Kelab Umno Korea telah menganjurkan bengkel komunikasi peringkat pertama di Seoul Forest berkonsepkan santai. Siri pertama bengkel ini disertai seramai 9 orang peserta (3 orang peserta tidak dapat hadir ) dan seorang tetamu jemputan iaitu En Hadi Othman iaitu Penolong Pengarah Malaysia Investment Development Authority(MIDA) Seoul.En Hadi dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau tentang kehendak pasaran pekerjaan yang penting bagi seorang pelajar di era ini. Objektif aktiviti ini dijalankan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengasah bakat dan kemahiran komunikasi para pelajar dalam bidang komunikasi.
Aktiviti dimulakan agak lewat iaitu pada pukul 10.30 pagi kerana hujan. Sesi kali ini menekankan konsep ‘first impression’ dan kepentingannya.Aktiviti pertama yang dijalankan adalah sesi suai kenal melalui proses ‘listen and evaluate’ supaya para peserta lebih selesa untuk melakukan aktiviti di masa akan datang bersama-sama. Setiap peserta ditugaskan untuk memperkenalkan diri secara ringkas dan dalam pada masa yang sama seorang rakan ditugaskan untuk menilai peserta tersebut secara rawak. Sesi ini dijalankan dalam suasana santai di mana para peserta menjamu hidangan yang disediakan seperti kuih dan roti.
Sesi kedua pula merupakan perkongsian pendapat di mana Saudara Hisham dan saya(Muhd Haikal) menanyakan para peserta tentang apa sebenarnya yang mereka harapkan dan perlukan dalam bengkel ini dengan tujuan untuk mendapat feedback dari peserta supaya sebarang perancangan dapat dibuat secara kolektif dan memuaskan hati semua peserta
Sesi ketiga pula adalah ice breaking sekali lagi tetapi kali ini peserta perlu menggambarkan sifat mereka dengan lebih mendalam. Selepas sesi terakhir ini selesai, penilaian rakan dalam sesi ice breaking pertama dan yang kedua dibandingkan bagi melihat kesan ‘first impression’ dan ternyata penilaian rakan-rakan banyak yang berbeza kerana dipengaruhi factor first impression. Sesi kemudiannya saya (Muhd Haikal) dan saudara Hisham bergilir-gilir menerangkan kepentingan first impression dalam kemahiran komunikasi untuk menarik perhatian orang ramai. Kami mengaitkan dengan keadaan dan situasi di mana pentingnya untuk seseorang yang mahu berkomunikasi secara baik untuk melahirkan first impression yang mantap dan jitu kepada orang ramai.
Sesi terakhir pula merupakan sesi perkongsian nasihat bersama En Hadi Othman di mana En Hadi menerangkan kepentingan untuk meneroka dunia luar dan mempelajari banyak perkara sementara masih mempunyai masa. Beliau selaku ahli Kelab Umno Korea batch 1 banyak memuji dan membandingkan kelab umno sekarang yang lebih aktif dan mantap berbanding dahulu. Kemudian pada pukul 1.30 petang majlis bersurai.
Disediakan Oleh:
(MUHD HAIKAL BIN SAMSUDIN)
Biro Politik dan Kerjaya
Kelab Umno Korea Sesi 09/11
Sedapnya!
Pada 15 Mei 2011, Biro Hal Ehwal Wanita(HELWA), Kelab UMNO Korea telah menganjurkan sebuah bengkel membuat roti bertempat di kediaman Penasihat KUK, En. Mohd Syukri b. Abdullah Sani. Bengkel seumpama ini julung-julung kali diadakan khas buat ahli wanita KUK sahaja. Berikutan itu, seramai 15 orang peserta wanita yang terdiri dari golongan pelajar Malaysia dan bekerjaya di Korea Selatan telah menyertai bengkel ini. .Antara objektif HELWA mengadakan bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta mengembangkan bakat dan minat serta mempelajari kemahiran membuat roti. Peserta berpeluang mempelajari sebanyak 5 jenis resepi roti dalam bengkel ini.5 jenis roti tersebut adalah Sausage bread , Mexican bun , Minipiza hotdog, Cream horn bread, Sandwich Bread . Biro HELWA berbangga kerana bengkel ini dikendalikan oleh seorang wanita yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang masakan iaitu pasangan kepada penasihat KUK, Puan Aine Rahim. Malah, cadangan 5 jenis resepi roti ini dicetuskan oleh Puan Aine sendiri.
Atas komitmen penuh dari semua peserta, bengkel ini dapat dimulakan tepat pada 10:30 pagi dan berjalan lancar sehingga tamat pada pukul 4:00 petang. Ketika bengkel berlansung, peserta-peserta didedahkan dengan teknik-teknik asas dalam membuat roti seperti cara menguli doh roti dengan betul. Pada akhir bengkel, setiap peserta dapat membawa pulang kelima-lima jenis roti yang dibuat sendiri ketika bengkel berlansung. Bengkel ini berjaya mencapai objektif apabila rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dan berharap bengkel seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.
HELWA ingin mengucapkan tahniah di atas komitmen semua peserta bengkel kali ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Aine Rahim kerana sudi berkorban masa, berkongsi pengalaman dan ilmu yang kami kira sangat berharga. Terima kasih aunty =)
Sukacitanya kali ini HELWA akan memaparkan salah satu resepi yang dipelajari ketika bengkel berlansung.
DOH ASAS ROTI
500 g tepung high protien / tepung roti
120 g tepung gandum
110 g gula halus
20 g garam
1 sudu teh bread improver
4 sudu teh instant yeast
1 sudu teh bread softener
1 biji telur gred A
300 ml air / susu segar
30 g shortening
30 g margerine / butter
* jika susu tepung tiada, gantikan dengan 300 mlm susu segar. jika sebaliknya, gunakan hanya 300 ml air
* shortening yang digunakan adalah vegetable shortening. jadi berhati-hati jika membeli roti putih di luar. Pastikan kandungan shortening yang digunakan adalah halal seperti vege shortening. =)
Cara-cara membuatnya
1. Satukan semua bahan kecuali marjerin dan shortening. Gaul sehingga menjadi doh.
2. Masukkan marjerin dan shortening, uli sehingga lembut dan kenyal (15 /20 minit)
3. Bulat- bulatkan kecik adunan lebih kurang 50 gm. Kemudian, adunan kecil tadi diperap selama 10 minit.
4. Bentukkan adunan kecil tadi mengikut bentuk yang disukai. Perap lagi selama 45 minit.
5. Bakar dengan suhu oven 180 c selama 15 / 20 minit.
* Bagi resepi yang menggunakan egg wash
2 biji telur
1 sudu besar susu segar
beberapa titik madu
Apa yang boleh HELWA katakan, proses membuat roti memerlukan minat dan kesabaran. Nantikan bengkel-bengkel HELWA seterusnya.
Selamat mencuba!
Seoul Friendship Fair 2011
Marilah bersama-sama memeriahkan gerai Malaysia bersempena Seoul Friendship Fair 2011. Banyak menu-menu yang disediakan antaranya:
-roti ranai
-nasi lemak
-sate
-teh tarik
-air bandung
-kek lapis Serawak
-kuih cara
-karipap
Terdapat juga aktiviti menarik di gerai kebudayaan.Datanglah beramai-ramai dan memeriahkannya!!!!























