Apa itu KUK ?
mengimbau kembali temuramah bersama beberapa pelajar malaysia di Korea yang menerangkan fungsi KUK di mata mereka dan menyangkal sekali pandangan sesetengah pihak yang terlalu negatif terhadap KUK..dah tahu kan? jom daftar sebagai ahli KUK.
We Feel the Nature at Seoul Forest
11 March 2012-Kedatangan pelajar baru ke Korea Selatan telah disambut oleh AJK Kelab UMNO Korea dengan suatu perjumpaan yang telah diadakan di Seoul Forest.Perjumpaan ini dilihat telah menjadi satu medium antara pelajar-pelajar untuk berkenalan bukan setakat pelajar tajaan JPA,malah sesiapa saja yang ada di bumi Korea ini telah dijemput datang.Beberapa orang pelajar “exchange student” dari University of Seoul,pelajar tajaan Korean Government,pelajar-pelajar master,PHD dari Korea University dan senior-senior yang bekerja di syarikat-syarikat besar di Korea Selatan seperti Samsung,Lotte dan sebagainya.Perjumpaan ini juga turut diberi penghormatan dengan kehadiran saudara Zam Suhadi bin Othman,senior paling lama kami yang bekerja dengan MIDA di Korea Selatan.Beliau merupakan antara generasi-generasi awal yang dihantar ke Korea Selatan dan sejarah penubuhan KUK memang tercatat utuh di fikirannya.Aktiviti dimulakan dengan pengenalan diri setiap daripada AJK KUK dan sedikit pengenalan dan penerangan tentang peranan Kelab UMNO Korea di bumi Sonata dan memperbetulkan salah tanggapan sesetengah pihak yang terlalu negatif terhadap kewujudan kami.Peranan KUK juga diterangkan bahawanya kami menjadi duta kecil kepada negara dalam kebajikan pelajar-pelajar di sini,menjadi medium untuk perkongsian ilmu dan maklumat dalam pembangunan negara memandangkan kesulitan berbahasa selaras dengan saranan Perdana Menteri kita,Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang lalu.Pelbagai juadah seperti nasi lemak dan kuih-muih telah disediakan untuk adik-adik kita yang baru sampai baru saja 2 minggu yang sudah merindui masakan Malaysia.Mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan dan pelbagai reaksi positif dari mereka supaya KUK menyediakan lebih banyak makanan untuk program-program seterusnya.Perjumpaan ini sebenarnya ingin diisikan dengan pelbagai permainan yang merapatkan hubungan antara kita namun disebabkan angin yang bertiup terlalu kencang dan sangat sejuk ,kami terpaksa pulang awal.Terima kasih buat adik-adik kerana memberi sambutan yang baik terhadap program ini.InshaAllah kami akan cuba menyajikan program yang lebih baik pada masa-masa hadapan.Jumpa lagi di program-program akan datang.
Mari Bersua Muka
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Musim sejuk sudah melabuhkan tirai, kini musim bunga pula yang dinanti-dinanti.Bagaimana dengan seminggu pertama kuliah anda?
Buat adik-adik batch 12, kami warga KUK mengucapkan selamat datang ke Korea dan berharap adik-adik bersemangat memulakan kehidupan baru di sini walaupun banyak cabaran yang menanti kelak.
Sempena dengan kedatangan adik-adik 12 ke Korea, Kelab Umno Korea (KUK) dengan ini berbesar hati menjemput semua adik-adik Batch 12 dan ahli kelab untuk hadir ke aktiviti pertama KUK pada tahun ini iaitu suai kenal berkonsepkan riadah santai.
Tarikh : 11 Mac 2012
Tempat : Seoul Forest
Masa : 12 tengahari – 3 petang
Kepada adik-adik, ini peluang kalian untuk bertanya sebarang persoalan kepada warga KUK.
Jumpa lagi Ahad ini. !!=)





