Resepi Mee Rebus Tulang Special dan Yong Tau Fu (RIANA 2012)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Disini kami ingin berkongsi resepi mee rebus tulang special dan yong tu fu dengan anda semua. Puan Nonie Zuraini telah memilih 2 resepi ini untuk Slot Memasak sempena Program Riana yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Puan Nonie Zuraini kerana sudi berkongsi resepi-resepi yang istimewa ini. Jom sama-sama kita lihat dan belajar bagaimana nak menghasilkan 2 makanan yang lazat ini. Selamat mencuba!
Mee rebus tulang special
Hidangan : 6-8 orang
Bahan-bahan :
1) 1 setengah paket mi kuning ataupun 1 paket spagheti (dicelur)
Kuah :
1) 2 labu bawang besar *
2) 6/7 ulas bawang putih*
3) 2 inci halia*
4) 1 inci lengkuas*
5) 2 batang serai (dititik)
6) 6 sudu besar serbuk kari
7) 6 sudu besar cili kering yang dikisar aatapunboleh juga digunakan serbuk cili (ikut kepedasan yang disukai)
8) 4 sudu besar udang kering yang dikisar
9) 5 biji keledek dan 5 biji kentang ( drebus dan dilenyek semasa masih panas)
10) setengah kilo daging (dihiris halus, direbus bersama halia sehingga empuk)
11) setengah kilo tulang ( direbus dengan halia bersama air rebusan yang banyak)
12) sedikit kacang tanah goreng ( ditumbuk atau dikisar)
13) garam dan gula secukup rasa
14) 3 senduk besar minyak atau yang secukupnya untuk menumis
* dikisar halus
Hiasan :
Tauge (dibuang ekor)
Tahu (digoreng dan dihiris nipis)
Telur (direbus)
Cili merah/hijau (dihiris)
Limau kasturi/ nipis/lemon
Daun bawang diporong halus
Bawang goreng
Cara-cara :
1) Tumiskan bahan2 yang bertanda * hingga naik bau. Tumis juga serai yang dititik.
2) Masukkan pula rempah kari dan serbuk cili. Tumis hingga garing dan sentiasa dikacau. Kemudian masukkan udang kering.
3) Apabila rempah garing, masukkan pula air rebusan tulang dan tunggu hingga mendidih.
4) Apabila mendidh buka api sederhana dan masukkan daging, keledek dan kentang yang dilenyek. Biarkan seketika.
5) Kemudian masukkan pula kacang tanah kisar serta perasakan dengan garam dan gula.
6) Apabila mendidih dan agak pekat boleh lah ditutup api serta dihidangkan bersama mi dan bahan hiasan.
Tips/Petua :
1) Pastikan serbuk kari tidak terlalu banyak untuk mengelakkan rasa seperti mi kari. ![]()
2) Rasa mee rebus sepatutnya agak manis tapi bukan disebabkan gula tetapi rasa asli rebusan ubi keledek dan kentang.
3) Kegunaan kacang tanah adalah untuk memekatkan kuah dan tidak perlu menggunakan tepung jagung.
Yong Tau Fu
Hidangan : 5-6 orang makan
Bahan-bahan :
Kuah
1) Bawang besar – 1 labu *
2) Halia – 1 inci*
3) Bawang putih – 3/4 ulas*
* Dikisar halus
4) Cili kering – 10 tangkai ( direbus + dikisar)
5) Belacan – sebesar ibu jari ( dikisar bersama cili kering)
6) Air – secukupnya
7) Sos cili – 5 sudu besar
8) Kuah rojak – 8 sudu besar
9) Tepung jagung
10) Kacang tanah – yang dikisar
11) Garam dan gula secukup rasa
12) Minyak secukupnya untuk menumis
Isi :
1) Fish cake/ball
2) Crab stick
3) Sosej
4) Sotong ball
5)Kangkung
6) Bijan (untuk hiasan)
7) Kiub ayam – 1
8) Garam
** terpulang mengikut kegemaran masing2
Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus. Tumis hingga naik bau.
2) Masukkan pula cili kering dan biar hingga masak. Kacau selalu agar tidak hangit di periuk.
3) Masukkan air ke paras yang dikehendaki, agak2 jangan terlampau cair.
4) Biar hingga menggelegak dan masukkan sos cili diikuti dengan kuah rojak. Perlahankan api dan biar mendidih.
5)Masukkan pula kacang tanah dan biar sebentar. Jika agak cair bancuh tepung jagung dan masukkan dalam kuah agar dia agak pekat sedikit.. Biar seketika.
6) Perasakan dengan garam dan gula.
7) Sementara itu dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan kiub ayam dan secubit garam.
8) Celur sebentar bahan2 yang digemari. Pastikan sekejap sahaja terutama crab stick dan kangkung. Tapiskan airnya.
9) Boleh dihidang bersama kuah dan taburkan bijan sebagai hiasan.
Tips/ Petua
1) Ada juga yang gemar makan dengan sup, jadi sup yang direbus tadi boleh digunakan. Sedap juga apabila dicampurkan bawang goreng, daun bawang dan kuah yong tau fu dalam sup tersebut. Terpulang pada citarasa yang anda ingini.
Program Bidadari Dunia Sonata (RIANA 2012)
Program Bidadari Dunia Sonata (RIANA) yang julung kalinya diadakan anjuran Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) dengan kerjasama AMIR, ISMA dan PPMK telah berlangsung dengan jayanya pada 12hb Mei yang lalu bertempat di Dongyang Mirae University, Korea Selatan. Seramai hampir 70 orang hadirin khususnya wanita telah menghadirkan diri ke program ini sambil dibantu oleh beberapa AJK bantuan dari setiap persatuan. Beberapa orang pegawai wanita dari Kedutaan Malaysia juga turut hadir. Program ini melibatkan penyertaan wanita sahaja dimana motif program ini adalah untuk mengenengahkan pembangunan jati diri wanita dan peranan wanita kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Program bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan slot “Demonstrasi Memasak” oleh isteri Pengarah Tourism Malaysia, Puan Nonie Zuraini dengan bantuan beberapa orang AJK Memasak yang lain. Hadirin yang hadir berpeluang mempelajari cara memasak Yong Tau Fu dan Mee Rebus. Beberapa booth juga turut dibuka antaranya booth makanan, jualan tudung (AMIR&ISMA), jualan&pinjaman buku (AMIR&ISMA),maklumat kesihatan wanita dan booth permainan.
Slot seterusnya bermula kira-kira jam 5.00 petang selepas rehat untuk solat Asar. Slot kedua dimulakan dengan tayangan video dan persembahan khas. Program diteruskan dengan sesi forum bertajuk “Hari ini dan semalam”. Ahli-ahli panel yang dijemput adalah Puan Aine Rahim, Puan Nurfarahin Romli dan Puan Nazihah Abdul Rahman. Selesai sahaja sesi forum, program diteruskan pula dengan Konsert Syahadah dimana setiap persatuan mempersembahkan persembahan menarik antaranya nyanyian lagu-lagu islamik, dikir barat dan sketsa sempena Hari Ibu. Setelah dihiburkan dengan persembahan, program disambung dengan sesi terakhir iaitu penyampaian hadiah penghargaan kepada tetamu kehormat, ahli-ahli panel dan wakil bagi setiap persembahan.
Atas komitmen dan kerjasama yang baik dari setiap AJK dan semua yang hadir, program ini berakhir lebih awal daripada yang dijadualkan kira-kira jam 8.30 malam. Walaupun program ini julung kali diadakan, program ini berjaya mencapai objektif berdasarkan maklum balas positif daripada hadirin yang hadir. Diharapkan program RIANA ini dapat diteruskan dan penambah baikan dapat dibuat pada masa akan datang.






