Welcome To Korea Umno Club

BENDAHARI

Seoul Friendship Fair 2012

This slideshow requires JavaScript.

Pada 5 dan 6 Mei 2012 yang lalu, sekali lagi Kelab Umno Korea (KUK) dan Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dengan kerjsama Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) telah mencipta sejarah setelah berjaya menganjurkan program Seoul Friendship Fair 2012 buat kali ketiga. Pada tahun ini juga, buat pertama kali Kelab Umno Korea (KUK) dan Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) telah bergabung tenaga untuk menjayakan lagi program ini. Kami telah menyediakan “Gerai Makanan” dan “Gerai Kebudayaan”.Objektif program ini berjaya dicapai sebagaimana yang telah disasarkan. Antara objektif program ini adalah seperti berikut:

  1. Memberi pendedahan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di Korea Selatan dan sebagai duta kecil Malaysia bagi memperkenalkan Malaysia kepada dunia luar.
  2. Mempromosikan pelancongan Malaysia melalui  kebudayaan serta jualan makanan-makanan tradisional Malaysia yang popular di Seoul.
  3. Untuk menarik dan meningkatkan lagi minat warga asing agar melancong ke Malaysia melalui pelbagai pakej yang dipromosikan oleh brosur-brosur yang disediakan oleh Malaysia Tourism Promotion Board(MTPB).

Program ini mendapat sambutan yang sungguh hangat daripada rakyat Korea dan negara-negara lain sehingga pengunjung terpaksa beratur untuk membeli makanan di gerai makanan Malaysia. Kami menyediakan pelbagai juadah tradisional dan popular antaranya ialah sate, bihun goreng, nasi lemak, karipap, kuih cara, roti jala, dan pelbagai kuih tradisional Malaysia.Pengunjung juga mencuba permainan tradisional Malaysia seperti congkak di booth kebudayaan. Selain itu, pakaian tradisional Malysia dari Sabah juga turut disediakan untuk para pengunjung mencuba dan bergambar. Program ini bukan sahaja disertai oleh pelajar-pelajar Melayu namun turut disertai oleh semua pelajar tidak mengira kaum, bangsa dan agama selaras dengan laungan “1Malaysia” yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Program Seoul Friendship Fair merupakan satu batu loncatan kepada Malaysia untuk bergerak setapak ke hadapan dalam bidang pelancongan. Program ini juga bukan sahaja memberi peluang kepada setiap negara mempromosikan negara masing-masing malahan menjadi medium bagi para pelajar berkomunikasi dengan wakil-wakil dari negara lain. Justeru itu, program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara lain. Terima kasih kepada Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) diatas kepercayaan yang diberikan dan sumbangan untuk menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Tourism Sabah Malaysia yang turut memberi sumbangan untuk menjayakan program ini. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Bendahari

Kelab UMNO Korea 2011/2013


Majlis Penghargaan Kelab Umno Korea


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA

This slideshow requires JavaScript.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bersama-sama meraikan ibadah korban dan menyambut Hari Raya Aidil Adha di perantauan. Kelab UMNO Korea(KUK) sekali lagi melangkah ke depan dalam mentransformasikan kehidupan rakyat Malaysia di sini yang sebelum ini belum pernah mengadakan ibadah korban sebegini. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar sungguh gembira kerana dapat merasai suasana Hari Raya Aidil Adha yang sama walaupun jauh dari kampung halaman. Sambutan ini juga telah mendapat sambutan yang hangat serta berjaya memupuk semangat kerjasama dan merapatkan lagi ukhwah di kalangan mereka.


MATAWANG SYARIAH:DINAR & DIRHAM


APA ITU DINAR & DIRHAM :MATAWANG SYARIAH MENYATUKAN UMMAH

Dinar:koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham:koin yang ditempa dari bahan logam perak.Perkataan “Dinar” berasal dari perkataan “Denarius” iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi.Perkataan “Dirham” pula berasal dari perkataan “Drachma” iaitu koin matawang perak Parsi.

Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW;Koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid.Malah koin-koin emas Dinar dan Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah ke zaman Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh kerajaan Islam.Pada tahun 75H terjadi satu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan r.a.Demi mempertahankan keunggulan Kerajaan Berkhalifah Islam;Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar dan dan perak Dirham Kerajaan Islam yang pertama.

Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak  Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira negara yang menempanya.Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau negara.

Tahukah anda koin Dinar dan Dirham “nilainya” berada pada sukatan berat timbangan logamnya?Ini bermakna bahawa “nilai” koin-koin ini berada pada zatnya.Berbeza dengan wang-wang kertas dimana nilainya” hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata!.Ini juga bermakna koin Dinar dan Dirham “nilainya” ditentukan oleh Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung-Allah Adalah Ar-Razak!(Allah SWT Pemberi Rezeki!).Allah sendirilah yang menentukan banyak manakah emas dan perak mampu di gali oleh manusia sebaliknya wang-wang kertas,”nilainya” ditentukan oleh pihak yang berkuasa atau pemerintah!Ini bererti pihak berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki?????

APAKAH SPESIFIKASI ATAU PIAWAIAN DINAR DIRHAM?

Piawaian Dinar & Dirham Kelantan adalah dipantau oleh World Islamic Mint (WIM) dan piawaian yang ditetapkan oleh khalifah Umar Al-Khattab r.a iaitu;

Setiap keping 1 Dinar ialah keberatan dengan 4.25gram emas berketulenan 22 karat (91.66% emas).

Piawaian ini menetapkan hubungan antara Dinar dan Dirham sebagai berat 7 Dinar bersamaan dengan berat 10 Dirham.Ini bererti 1 keping Dirham ialah 2.975 gram atau (7/10) daripada 1 mithqal emas.

BUKANKAH WANG-WANG KERTAS HARI INI SUDAH BERSANDARKAN SEJUMLAH EMAS?

Tidak! Tahukah anda bahawa wang-wang kertas edaran diseluruh dunia hari ini sudah tiada apa-apa sandaran emas dan perak sejak tahun 1971 lagi? Sejarah mencatitkan peristiwa “PECAH AMANAH” yang telah dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada perjanjian Brettonwoods 1945 terhadap semua 44 buah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.

Sememangnya pada mulanya Amerika Syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar Amerika ada disandarkan emas. (USD35/OZemas).Tetapi ini hanyalah tipu daya mereka memerangkapkan ummah menerima Dollar Amerika sebagai “matawang reseb” (Reserve Currency)menggantikan emas yang disimpan di 44 buah negara tersebut sahaja!.

Pada masa tersebut dikatakan ‘Dollar Amerika sama seperti simpanan emas ‘DOLLAR AMERICA AS GOOD AS GOLD’.Setelah semua ahli menerima dan memberikan bai’ah kepada Amerika Syarikat,Negara ini mula mencetak lebih banyak Dollar daripada sandaran emas yang ada!.Penipuan ini terbongkar sehingga pemimpin-pemimpin negara sedar segera meminta emas yang dijamin.Sejarah mencatitkan pada masa pemerintahan Presiden Richard Nixon lah iaitu tahun 1971 Amerika Syarikat mengistiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan emas lagi!.Semua matawang kertas adalah dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun!Inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan.

DOLLAR AMERIKA SEBAGAI ‘MATAWANG RESEB DUNIA’ MENYAPU BERSIH SEMUA HARTA UMMAH DI ABAD INI!!!

Tahukah anda sebagai ‘matawang reseb dunia’ Amerika telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini? Ini bermakna kita kononnya menjual kepada mereka hasil mahsul negara kita seperti minyak,kelapa sawit,getah,barang-barang elektronik dll dan mereka hanya perlu memberikan wang-wang kertas Dolar Amerika yang tiada sebarang nilai sebenar!

Bukan itu saja,Umat Islam serta semua Ummah di abad ini telah ditipu sebegitu rupa sehinggakan matawang negara sesama ahli pun tidak laku dalam negara sesama ahli!.Ini sebabnya jika kita bawa Ringgit Malaysia ke negara Arab Saudi,Ringgit Malaysia tidak boleh digunakan di Arab Saudi! Begitu juga wang kertas Saudi-Rial tidak laku di Malaysia! Ini bermakna semua urusan kehidupan diabad ini adalah tercemar!Termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas!Ibadah Haji & Umrah,pembayaran zakat,malah setiap jual/beli malah sebuah kehidupan DEENUL ISLAM adalah tercemar dengan penipuan amalan RIBA diabad ini!….bersambung lagi…

sumber:KELANTAN GOLDEN TRADE SDN.BHD


Keahlian KUK untuk pelajar bukan JPA,master dan PHD

Assalamualaikum w.b.t,

            Kelab Umno Korea (KUK) sangat mengalu-alukan penyertaan pelajar bukan JPA, master dan PHD di Korea Selatan yang semakin bertambah pada setiap tahun.Pada 13 september nanti,kami  akan mengadakan RUMAH TERBUKA bagi meraikan ahli-ahli KUK yang tidak dapat menyambut Hari Raya AidilFitri bersama keluarga tersayang di kampung masing-masing.Kami sedia menjadi keluarga angkat anda dan sama-sama menyambut Hari Raya di rantauan dengan melupakan segala kesedihan di hari yang mulia ini.

            Selain mendokong hasrat kerajaan,KUK juga menjadi salah satu medium untuk kalian beramah mesra,bertukar pendapat, dan saling kenal-mengenali di antara satu sama lain.Kami juga mengharapkan tunjuk ajar daripada abang-abang dan kakak-kakak yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Master dan Phd.Kami juga mahu mengajak rakan-rakan bukan JPA duduk bersama dan berborak santai berkongsi pengalaman,ilmu atau sebarang cerita yang menarik dan jikalau ada yang berminat untuk menjawat jawatan dalam KUK pada sesi hadapan amatlah kami alu-alukan bagi mempertingkatkan lagi daya kepimpinan KUK pada masa-masa akan datang.

             Memandangkan kita makin menghampiri penghujung sesi,kami menurunkan yuran pendaftaran kepada 5,000won sahaja bagi mana-mana pelajar yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli KUK.Jangan lepaskan peluang ini! Bagi yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli KUK bolehlah menghubungi Bendahari KUK di talian;

WAN MOHD HANIF BIN WAN ISMAIL

010-3233-3117


SEOUL FRIENDSHIP FAIR 2011

This slideshow requires JavaScript.


     Saban tahun Korea Selatan mengadakan Seoul Frienship Fair bagi memperkenalkan negara serta budaya negara masing-masing.Program ini memainkan peranan penting sebagai satu landasan untuk mempromosikan Malaysia yang terkenal dengan slogan katanya iaitu “Truly Asia” sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong ke Negara kita.Pada 7 dan 8 Mei 2011 yang lalu,sekali lagi Kelab Umno Korea (KUK) dengan kerjsama Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) telah mencipta sejarah setelah berjaya menganjurkan program Seoul Friendship Fair 2011 buat kali kedua.Kami telah menyediakan “Booth Makanan” dan “Booth Kebudayaan”.Program ini mendapat sambutan yang sungguh hangat daripada rakyat korea dan negara-negara lain sehingga pengunjung terpaksa beratur untuk membeli makanan di booth makanan Malaysia dan mencuba permainan tradisional Malaysia seperti congkak.Penari-penari di kalangan pelajar Malaysia di sini juga mempersembahkan Tarian Tradisional Malaysia yang cukup menghiburkan pengunjung.Program ini bukan saja disertai oleh pelajar-pelajar Melayu namun turut disertai oleh semua pelajar tidak mengira kaum,bangsa dan agama selaraskan dengan laungan “1Malaysia” yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak.Program ini telah diadakan di sekitar kawasan Seoul Plaza bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 7 malam bagi kedua-dua hari.Persiapan dan penyediaan makanan pula telah dilakukan pada malam jumaat dan sabtu di kediaman En. Mohd Shukri b Hj Abdullah Sani,Penasihat Kelab Umno Korea(KUK).Objektif program ini berjaya dicapai sebagaimana yang telah disasarkan.Antara objektif program ini adalah seperti berikut:

  1. Memberi pendedahan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di Korea Selatan dan sebagai duta kecilNegara bagi memperkenalkan Malaysia kepada dunia luar.
  1. Mempromosikan pelancongan Malaysia melalui persembahan kebudayaan serta jualan makanan-makanan tradisional popular Malaysia di Seoul.
  1. Untuk menarik dan meningkatkan lagi minat warga asing agar melancong ke Malaysia melalui pelbagai pakej yang dipromosikan oleh brosur-brosur yang disediakan oleh Malaysia Tourism Promotion Board(MTPB).

Program Seoul Friendship Fair merupakan satu batu loncatan kepada Negara untuk bergerak setapak ke hadapan dalam bidang pelancong.Bukan sahaja memberi peluang kepada setiap Negara mempromosikan Negara masing-masing malahan program ini menjadi medium bagi para pelajar berkomunikasi dengan wakil-wakil dari Negara lain.Justeru itu,program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan sesebuah Negara lain.Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan.

Disediakan oleh;

WAN MOHD HANIF BIN WAN ISMAIL

BENDAHARI

KELAB UMNO KOREA 2009/11


SENARAI AHLI BERDAFTAR

JUMLAH PENDAFTARAN AHLI YANG BERBAYAR SEHINGGA  8/11/2011 :153 ORANG

V.I.P

  1. MOHD AMIRUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
  2. ZURAINI BINTI JANI
  3. NUR ANI BINTI MD HASSAN
  4. HISHAMUDDIN BIN MOHAMAD(AJK)
  5. MUHAMMAD FAISAL BIN MUHAMAD HENDRI
  6. MUNDZIR BIN RADIN UMAR
  7. AZIZAH BINTI KAMARUDDIN
  8. ZAM SUHADI BIN OTHMAN
  9. SHAHIZAH BINTI MOHAMED

MASTER

  1. AMMAR BIN ABDULLAH
  2. NUR FATIHAH BINTI RAIMI

TAJAAN KOREA

  1. ROZAILINA BINTI OTHMAN
  2. MAHZATON AQMA BINTI ABU TALIP
  3. NUR AMALIA BINTI WISAM

BATCH 11

  1. MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMMAD ASHARI
  2. ADRIANCE WILFRED ANGGANG
  3. AIMAN AISYRAF BIN MUHAMMAD
  4. MOHD AMINUR AMSYAR BIN RAMALI
  5. AHMAD NAZIRUL BIN KHIRUDIN
  6. MUHAMMAD ASYRANI BIN ABDULLAH ZAWAWI
  7. YUSUF NUR BIN SHUHAINI
  8. IMMANUEL ADIPETRA ANAK STEPHEN ENGKABI
  9. MUHAMMAD HATTA BIN ASPAR
  10. MOHD MAZRIZAN BIN MASDUKI
  11. AHMAD DAHLAN BIN ZULKIPLI
  12. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN SAKAWI
  13. RALPH LAUREN THADDEUS
  14. ZULFIKRI BIN AHMAD
  15. HEDIRUL AMIR BIN AHMAD SHARANI
  16. MUHAMAD NOOR FARHAN BIN SHUDIN
  17. ADZRIN BIN MANSOR
  18. IZMIR KHALISH BIN MOHD ISA
  19. NOR IDAYU BINTI MOHD GHAZALI
  20. NUR AIMI HANISAH BT ABAS
  21. NUR AMALINA BINTI AHMAD NASIR
  22. NUR SHAFFILAH BINTI MOHD ZAIRI TAN
  23. NUR SYAHIDA BINTI SUYOT
  24. RACHEL EVE CLARENCE
  25. SITI NUR EZATY FAZIRA BT RUSLI
  26. UMMU IZZATI BINTI MOHD ALI
  27. WAN MUNIRAH BT WAN MOHAMMAD
  28. AIMAN NA’IM BIN ADIB RIDZUAN

BATCH 10

  1. MUHAMMAD AZRI NAIM BIN IBRAHIM
  2. SITI ZULAIHAH BINTI ABDUL KARIM(AJK)
  3. SYED MUHAMMAD  NAZIR BIN SYED OTHMAN
  4. MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN ARIFFIN (AJK)
  5. MOHD FARHANUDIN BIN ABU
  6. KHAIRUL  ASRAF BIN ASMADY KABISA
  7. MUHAMMAD ZULISRAQ BIN ASRI
  8. MOHD IDHAM BIN OTHMAN (AJK)
  9. FADHIL  AIZAT BIN ISMAIL
  10. FAKHRUL ROZI BIN AHMAD
  11. AMMARUL AKHMAL BIN ROSLI
  12. DAYANG FADHILATUL AISYAH
  13. DAYANG NUR FATIN NABILLA BINTI ABANG ZAKERIA
  14. FAUZI BIN SUKARNI
  15. MOHAMMAD ISNIZAM BIN MD ISA
  16. MOHD HANIFF ADAM
  17. MUHAMMAD SAMSUDIAN
  18. MOHD SADDAM IRRBAN SAMSUDDI
  19. MUHAMMAD ARIF HAFIZ SARIZAN
  20. MUHAMMAD SHUHAIB ABDUL RAHMAN
  21. MUHAMMAD ZULKARNAIN SHAHARUDIN
  22. NOOR ZHAFIRI BIN AWANG@MOHD NOR
  23. SITI MADIHAH BINTI ABDUL YUZID
  24. SYAFIQA HANIM BINTI SYAFIE
  25. BRIAN EMILSON
  26. IFFAH FADHILAH AWANG NUHAIDIN
  27. AMIRAH AMALINA SHAIDI
  28. MUHAMMAD FARIQ BIN MOHAMAD
  29. NOR AFANDI RAMLI
  30. MOHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMMAD
  31. NURUL JANNAH BINTI MOHD SHARIP
  32. NABILA FARHANA BINTI KAMARULZAMAN

BATCH 9

  1. MUHAMAD MAHYUDDIN BIN ABDUL KADIR
  2. WAN NADZIPAH MAHARAH BINTI WAN AZID
  3. MUHAMMAD HAFIZ RIZUAN BIN IBRAHIM(AJK)
  4. AHMAD SAUFI BIN AHMAD KHUSAIRI(AJK)
  5. DZULHELMY BIN AHMAD YASIN
  6. SAIFULLAH BIN AHMAD PUAD
  7. MOHD HALIMI BIN IBRAHIM
  8. MUHAMMAD FARIS BIN ABDUL MANAP
  9. DZUL SYAMIL BIN MOHAMAD
  10. MUHAMAD ADIB  B. ZAINAL ABIDIN
  11. MUHAMMAD AZIM HAFIZI BIN SAAD
  12. FARID HAKIM BIN MOHD A’SERI
  13. MOHD ARIFF BIN MOHD SANI
  14. ABDUL HADDIE BIN ABDUL RAZAK
  15. NOR ASMA ILYANI BINTI MOHD NOOR
  16. MUSTAKIZAH BINTI AHMAD
  17. AZURIEN BINTI AHMAD AZLI

BATCH 8

    1. MUHAMMAD SHUKRY BIN MD SALIM(AJK)
    2. NUR FADHILAH BINTI AB GHANI(AJK)
    3. AHMAD ZAKI BIN MOHAMED SHUKOR(AJK)
    4. NURFARAHIN BINTI ROMLI
    5. AHMAD TARMIDZI BIN BAKERY(AJK)
    6. SITI AMINAH BINTI MAZLAN (AJK)
    7. WAN MOHD HANIF BIN WAN ISMAIL(AJK)
    8. FADHILAH BINTI TAIB
    9. AHMAD KHAIRUL NIZAM BIN BAHRINAL(AJK)
    10. NUR FATIN AMALINA BINTI MUHAMMAD SANUSI(AJK)
    11. FIDZUAN BIN KASSIM
    12. MUHAMMAD KAUTHAR BIN ARIPIN(AJK)
    13. MUHAMMAD LUKMAN BIN ABU SIRIN
    14. SITI NORAZRINA BINTI NOR SABRI
    15. HALIAN AZURIN BIN AB HALIM
    16. NOR IKRAMI BINTI ALI
    17. AMIRUL FAZREEN BIN MAZLI
    18. NUR HIDAYAH BINTI KAMARUDDIN
    19. AMIRAH FATIN BINTI MAHMUD
    20. SITI NURADZLIN BINTI MUSTAPHA
    21. AZZA SOFIA BINTI AZIZAN
    22. AZMA FATIHAH BINTI ABDUL AZIZ
    23. NABIHA BINTI HASANAN
    24. MARZUKI BIN MUSTAFFA
    25. MOHD AZREE BIN MAHASAN
    26. HAIRIL AZMIE BIN CHE HARUN
    27. NORFATIHAH BINTI MOHD FAUZI
    28. NURUL AMIRA BINTI ABU BAKAR
    29. NOOR HAMIZA BINTI HAMZAH
    30. SITI BAIZURA BINTI BUSAIRI
    31. MUHAMMAD HAZRIE BIN IBRAHIM
    32. MUHAMAD HAZIM BIN MOHMAD MUSTAFA AMIN
    33. MOHD FARIQ BIN JALIL
    34. CHE KHAIRUL HISHAM BIN CHE HASAN
    35. MOHAMMAD YAZID BIN BAHARUM
    36. MOHD IZZUDIN BIN MOHD NODZHAR
    37. MOHAMAD  SAUFFI BIN KAMARUDDIN
    38. NURUL NADZIRAH MURTADHA
    39. NOR SAFURA BINTI NORDIN
    40. MUHAMMAD AMIN BIN ZAINI
    41. WAN MOHAMAD FIKRILHILMI WAN SALAM
    42. MUHAMAD ZUHDI BIN ROZALI
    43. MUSFIRAH BINTI KADDIR

BATCH 7

  1. AMMAR BIN MUHAMMAD
  2. AFIQ SYAHMI BIN ABDUL AZIZ
  3. ATHIR AZHAR BIN ABDUL RAUF
  4. AHMAD RAHER BIN OSMAN
  5. MAZNI  AL ZAFRAN BIN JANI
  6. MOHAMMAD FAISAL BIN HANAFI(AJK)
  7. MUHD QHAIRUL  AMIRIN BIN KASIM
  8. UMAIR BIN ABDULLAH
  9. MUHAMMAD HAFIZ BIN MUZIZ
  10. MUHAMAD KHALID BIN ISMAIL
  11. MOHAMAD AIMIEN BIN MOHAMAD ALI
  12. AIMAN SYAFIQ BIN AZUHAN
  13. MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ZAHARI
  14. MOHAMMAD HALMI BIN AHMAD ALWI
  15. MUHD IHSAN ZULKURNAIN

BATCH 6

  1. MOHD HAFIZUL BIN ISMAIL
  2. MOHD HAIKAL BIN SAMSUDIN(AJK)
  3. ABDUL AZIZ BIN ABDUL RASID
  4. MOHD NOR AIMAN BIN MOHD ADNAN

assalamualaikum wbt,ahli-ahli kelab umno korea selatan yang dihormati sekalian,
kepada yang sudah menjadi ahli tetapi tidak tahu sama ada sudah membayar yuran tahunan sebanyak 10,000 won bolehlah memeriksa nama kalian tersenarai atau tidak di laman web kami.saya juga sangat mengalu-alukan penyertaan baru dari warga korea bagi tahun 2011.

* SENIOR YANG MENYAMBUNG PENGAJIAN  SEHINGGA  BULAN OGOS =5000 WON

JUMLAH =1,495,000WON

*Kepada mana-mana ahli yang tidak tersenarai di lampiran ini (sama ada sudah membayar tetapi tidak tersenarai atau sebaliknya) sila hubungi BENDAHARI KEHORMAT dengan kadar segera.

Sekian.


KOREA UMNO CLUB & MAS AIRLINES COOPERATION

Assalamualaikum w.b.t

Since the establishment of the Korea Umno Club(KUC) on 14 years ago,this year gave new light for the first time to KUC  to expand their external relations with any Malaysia agencies in South Korea.In 2011,KUC has been working with Malaysia Airlines to facilitate its members and Malaysia students who are in South Korea for home to celebrate Hari Raya Aidilfitri with beloved families.The conclusion of the discussion between KUC and Malaysia Airlines,Malaysia Airlines offers special deals such as the following;

 

1. Travelling Period & Sale Period

The student must (a) Travel from Incheon to Malaysia on flights between 25-31 Jun and (b) Return to SEL on flights operating between 01-05 Sep 2011.

This is highly important to note. The SALE PERIOD is limited to 28 Feb to 9 March 2011 only.

 

2. Reservations

The student must call MAS reservations office in Korea to make the booking. This offer is not available in the internet and not available with any travel agent.

 

3. Eligibility

To be eligible, the student must bring their passport along during ticketing. The student must have a Korean student visa.

 

4. Airfare

SECTOR AIRFARE (Return Travel)
ICN-KUL KRW400,000
ICN-PEN (via KUL) KRW400,000
ICN-BKI KRW380,000
ICN-KCH KRW400,000
ICN-Other destinations inPeninsular Malaysia (via KUL) Add KRW40,000
ICN-Other destinations in East Malaysia (via BKI or KCH) Add KRW40,000

5. Conditions

The fares are available only in ‘L’ booking class and seat availability is based on demand.

Once confirmed and ticketed, we will not allow any changes.

Any fare changes will attract both a change fee KRW50,000 and the passenger will have to pay a fare difference because the above fares will no longer be valid outside the sale period.

 


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.