Bengkel Laksam
Alhamdulillah, pada 10 Feb 2013 telah berlansung bengkel laksam anjuran Biro Hal Ehwal Wanita(HELWA) yang bertempat di kediaman Penasihat KUK, En.Nizam.Bengkel ini telah bermula pada 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang.
Seramai 10 orang peserta wanita yang terdiri dari golongan pelajar Malaysia,Korea dan juga wanita bekerjaya di Korea Selatan telah menyertai bengkel ini.
Sepanjang bengkel berlansung, para peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik dan rahsia-rahsia membuat laksam yang enak yang tidak semestinya mampu diperoleh daripada resepi-resepi di majalah mahupun internet.
Keseluruhannya,bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya apabila setiap peserta telah berpeluang untuk membuat sendiri laksam dengan gulungan yang cantik dan lembut dan rasa yang sangat enak. Kami juga telah berpeluang untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi menerusi bengkel ini . Semangat kerjasama antara ahli juga dapat dilihat apabila setiap peserta ringan tulang untuk membantu antara satu sama lain sehingga ke akhir bengkel ini.

pose ready untuk mula bengkel. GOGO!^^

peserta diajar cara-cara menggulung laksam dengan mudah dan cantik

peserta menggulung sendiri laksam
-

laksam pertama yang siap digulung

peserta menggunting laksam membentuk bulatan kecil

- laksam ready untuk dimakan >”<

sedap hingga menjilat sudu!^^
Kelab Umno Korea, khususnya HELWA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang diberi dalam menjayakan bengkel ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat tenaga pengajar,Puan Wan Noraizon yang sanggup berkorban masa dan tenaga mengajar dan berkongsi ilmu dengan kami. Terima kasih Kak Wan ^^.Jutaan terima kasih juga untuk saudara Wan Hanif dan semua pihak yang telah memberikan bantuan untuk kami sebelum dan sepanjang bengkel ini berlansung.

TERIMA KASIH.
Jumpa lagi di aktiviti HELWA pada masa akan datang^^
RESEPI BIBIMBAB
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
pembaca2 HELWA,buat ape cuti ni? jom tukar selera,cuba masakan korea pulak^^
BAHAN-BAHAN
Perap
1/4 cup daging/ ayam
1 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
1/2 ts kicap
1/2 ts gula
1/2 ts lada hitam
1/2 ts minyak bijan
Sos
2 tbs gochujang
1/2 ts gula
1/2 ts minyak bijan
1/2 ts cuka
1 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
sedikit biji bijan
sayuran
1/4 cup kimchi
1/4 cup tauge
1/4 cup timun
1/4 cup cendawan
1/4 cup lobak merah
****
1 cup nasi putih
1 biji telur
1 keping rumpai laut
CARA-CARA
1. Daging dipotong dadu. Kemudian gaulkan dengan bahan perap. Biarkan.
2. Masak telur atas kuali leper. Masak separuh masak untuk rasa yang lebih sedap.
3. Potong timun, lobak merah, cendawan, tauge, rumpai laut.
4. Letak minyak sedikit dan masak timun, lobak merah, cendawan, dan tauge sekejap bersama secubit garam.
• Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, sayuran boleh direbus selama 2 min,siram air sejuk dan tos. Gaul bersama secubit garam dan minyak bijan.
5. Cincang kimchi dan masak sekejap.
6. Masak bahan perap tadi sehingga masak.
7. Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan2 sos.
SELAMAT MENCUBA *-*
LAWATAN PUSPANITA JPM (P) KE KOREA
LAPORAN LAWATAN PUSPANITA JPM (P) KE KOREA SELATAN
Buat julung kalinya, Pihak KUK telah menerima kunjungan dari PUSPANITA JPM seramai 12 orang ke Korea bermula dari 6hb Julai hingga 12hb Julai 2012. Pihak KUK telah membantu menyediakan bas (shuttle bus) selama kunjungan mereka di sini bagi memudahkan perjalanan lawatan ke tempat-tempat sekitar Seoul dan luar Seoul. Sepanjang berada di Korea, mereke telah menginap di rumah Encik Nizam, penasihat Kelab Umno Korea. Seramai 5 orang pelajar wanita dari Kelab Umno Korea telah dipilih untuk bertugas sebagai pemandu pelancong, Pelajar wanita yang terlibat adalah Mahzaton Aqma, Nur Fatin Amalina, Nurul Ain Adia, Siti Madihah dan Rozailina. Setiap hari, seramai 2 orang pemandu pelancong ditugaskan untuk membawa mereka ke tempat-tempat pelancongan yang telah ditetapkan. Tentatif lawatan telah disediakan oleh Biro Hal Ehwal Wanita berdasarkan kepada persetujuan wakil PUSPANITA.
Kumpulan PUSPANITA telah tiba ke Korea pada 6 Julai 2012. Ketibaan mereka telah di sambut oleh wakil KUK dan di bawa ke rumah Encik Nizam. Pada 7 Julai pula, mereka telah di bawa melawat ke Namdaemun Market, Namsangol Hanok Village dan Myeondong. Seterusnya, pada 8 Julai, mereka telah dibawa ke Odusan, Imjingak dan Paju Factory Outlet. Keesokan harinya, iaitu pada 9 Julai, mereka bertolak ke Nami Island dan Namsan Seoul Tower. Pada hari Selasa 10 Julai, mereka dibawa melawat Gyeongbok Palace dan Itaewon. Kemudian, pada 11 Julai, mereka melawat Dongdaemun Market. Mereka pulang ke Malaysia pada 12 Julai 2012. Sepanjang lawatan, mereka telah menyediakan sarapan mereka sendiri, manakala makan tengah hari dan malam pula, mereka di bawa ke Itaewon (restoran halal).
Selama 7 hari lawatan ini berlansung, tiada sebarang masalah besar berlaku. Pihak KUK juga telah mendapat respon yang baik dari pihak PUSPANITA Lawatan seumpama ini banyak membantu pelajar yang terlibat sebagai pemandu pelancong meningkatkan kebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan juga cara meguruskan masa dengan bijak. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Mahzaton Aqma binti Abu Talip
BIRO HAL EHWAL WANITA (HELWA)
Resepi Mee Rebus Tulang Special dan Yong Tau Fu (RIANA 2012)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Disini kami ingin berkongsi resepi mee rebus tulang special dan yong tu fu dengan anda semua. Puan Nonie Zuraini telah memilih 2 resepi ini untuk Slot Memasak sempena Program Riana yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Puan Nonie Zuraini kerana sudi berkongsi resepi-resepi yang istimewa ini. Jom sama-sama kita lihat dan belajar bagaimana nak menghasilkan 2 makanan yang lazat ini. Selamat mencuba!
Mee rebus tulang special
Hidangan : 6-8 orang
Bahan-bahan :
1) 1 setengah paket mi kuning ataupun 1 paket spagheti (dicelur)
Kuah :
1) 2 labu bawang besar *
2) 6/7 ulas bawang putih*
3) 2 inci halia*
4) 1 inci lengkuas*
5) 2 batang serai (dititik)
6) 6 sudu besar serbuk kari
7) 6 sudu besar cili kering yang dikisar aatapunboleh juga digunakan serbuk cili (ikut kepedasan yang disukai)
8) 4 sudu besar udang kering yang dikisar
9) 5 biji keledek dan 5 biji kentang ( drebus dan dilenyek semasa masih panas)
10) setengah kilo daging (dihiris halus, direbus bersama halia sehingga empuk)
11) setengah kilo tulang ( direbus dengan halia bersama air rebusan yang banyak)
12) sedikit kacang tanah goreng ( ditumbuk atau dikisar)
13) garam dan gula secukup rasa
14) 3 senduk besar minyak atau yang secukupnya untuk menumis
* dikisar halus
Hiasan :
Tauge (dibuang ekor)
Tahu (digoreng dan dihiris nipis)
Telur (direbus)
Cili merah/hijau (dihiris)
Limau kasturi/ nipis/lemon
Daun bawang diporong halus
Bawang goreng
Cara-cara :
1) Tumiskan bahan2 yang bertanda * hingga naik bau. Tumis juga serai yang dititik.
2) Masukkan pula rempah kari dan serbuk cili. Tumis hingga garing dan sentiasa dikacau. Kemudian masukkan udang kering.
3) Apabila rempah garing, masukkan pula air rebusan tulang dan tunggu hingga mendidih.
4) Apabila mendidh buka api sederhana dan masukkan daging, keledek dan kentang yang dilenyek. Biarkan seketika.
5) Kemudian masukkan pula kacang tanah kisar serta perasakan dengan garam dan gula.
6) Apabila mendidih dan agak pekat boleh lah ditutup api serta dihidangkan bersama mi dan bahan hiasan.
Tips/Petua :
1) Pastikan serbuk kari tidak terlalu banyak untuk mengelakkan rasa seperti mi kari. ![]()
2) Rasa mee rebus sepatutnya agak manis tapi bukan disebabkan gula tetapi rasa asli rebusan ubi keledek dan kentang.
3) Kegunaan kacang tanah adalah untuk memekatkan kuah dan tidak perlu menggunakan tepung jagung.
Yong Tau Fu
Hidangan : 5-6 orang makan
Bahan-bahan :
Kuah
1) Bawang besar – 1 labu *
2) Halia – 1 inci*
3) Bawang putih – 3/4 ulas*
* Dikisar halus
4) Cili kering – 10 tangkai ( direbus + dikisar)
5) Belacan – sebesar ibu jari ( dikisar bersama cili kering)
6) Air – secukupnya
7) Sos cili – 5 sudu besar
8) Kuah rojak – 8 sudu besar
9) Tepung jagung
10) Kacang tanah – yang dikisar
11) Garam dan gula secukup rasa
12) Minyak secukupnya untuk menumis
Isi :
1) Fish cake/ball
2) Crab stick
3) Sosej
4) Sotong ball
5)Kangkung
6) Bijan (untuk hiasan)
7) Kiub ayam – 1
8) Garam
** terpulang mengikut kegemaran masing2
Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus. Tumis hingga naik bau.
2) Masukkan pula cili kering dan biar hingga masak. Kacau selalu agar tidak hangit di periuk.
3) Masukkan air ke paras yang dikehendaki, agak2 jangan terlampau cair.
4) Biar hingga menggelegak dan masukkan sos cili diikuti dengan kuah rojak. Perlahankan api dan biar mendidih.
5)Masukkan pula kacang tanah dan biar sebentar. Jika agak cair bancuh tepung jagung dan masukkan dalam kuah agar dia agak pekat sedikit.. Biar seketika.
6) Perasakan dengan garam dan gula.
7) Sementara itu dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan kiub ayam dan secubit garam.
8) Celur sebentar bahan2 yang digemari. Pastikan sekejap sahaja terutama crab stick dan kangkung. Tapiskan airnya.
9) Boleh dihidang bersama kuah dan taburkan bijan sebagai hiasan.
Tips/ Petua
1) Ada juga yang gemar makan dengan sup, jadi sup yang direbus tadi boleh digunakan. Sedap juga apabila dicampurkan bawang goreng, daun bawang dan kuah yong tau fu dalam sup tersebut. Terpulang pada citarasa yang anda ingini.
Program Bidadari Dunia Sonata (RIANA 2012)
Program Bidadari Dunia Sonata (RIANA) yang julung kalinya diadakan anjuran Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) dengan kerjasama AMIR, ISMA dan PPMK telah berlangsung dengan jayanya pada 12hb Mei yang lalu bertempat di Dongyang Mirae University, Korea Selatan. Seramai hampir 70 orang hadirin khususnya wanita telah menghadirkan diri ke program ini sambil dibantu oleh beberapa AJK bantuan dari setiap persatuan. Beberapa orang pegawai wanita dari Kedutaan Malaysia juga turut hadir. Program ini melibatkan penyertaan wanita sahaja dimana motif program ini adalah untuk mengenengahkan pembangunan jati diri wanita dan peranan wanita kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Program bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan slot “Demonstrasi Memasak” oleh isteri Pengarah Tourism Malaysia, Puan Nonie Zuraini dengan bantuan beberapa orang AJK Memasak yang lain. Hadirin yang hadir berpeluang mempelajari cara memasak Yong Tau Fu dan Mee Rebus. Beberapa booth juga turut dibuka antaranya booth makanan, jualan tudung (AMIR&ISMA), jualan&pinjaman buku (AMIR&ISMA),maklumat kesihatan wanita dan booth permainan.
Slot seterusnya bermula kira-kira jam 5.00 petang selepas rehat untuk solat Asar. Slot kedua dimulakan dengan tayangan video dan persembahan khas. Program diteruskan dengan sesi forum bertajuk “Hari ini dan semalam”. Ahli-ahli panel yang dijemput adalah Puan Aine Rahim, Puan Nurfarahin Romli dan Puan Nazihah Abdul Rahman. Selesai sahaja sesi forum, program diteruskan pula dengan Konsert Syahadah dimana setiap persatuan mempersembahkan persembahan menarik antaranya nyanyian lagu-lagu islamik, dikir barat dan sketsa sempena Hari Ibu. Setelah dihiburkan dengan persembahan, program disambung dengan sesi terakhir iaitu penyampaian hadiah penghargaan kepada tetamu kehormat, ahli-ahli panel dan wakil bagi setiap persembahan.
Atas komitmen dan kerjasama yang baik dari setiap AJK dan semua yang hadir, program ini berakhir lebih awal daripada yang dijadualkan kira-kira jam 8.30 malam. Walaupun program ini julung kali diadakan, program ini berjaya mencapai objektif berdasarkan maklum balas positif daripada hadirin yang hadir. Diharapkan program RIANA ini dapat diteruskan dan penambah baikan dapat dibuat pada masa akan datang.
Bidadari Dunia Sonata (RIANA 2012)
Program yang julung kalinya diadakan, khusus untuk muslimah di Korea
(kerjasama KUK,ISMA,AMIR,PPMK)
“CONNECTING GIRLS, INSPIRING FUTURE”
12 MEI 2012
DONGYANG MIRAE UNIVERSITY
(warna tema untuk yang hadir: Pink/Merah)
AYUH SAMA-SAMA MENGISI MASA, MENAMBAH ILMU DAN KENALAN, BERAMAH MESRA SESAMA MUSLIMAH DI BUMI SONATA
PROMO “bidadari dunia sonata (RIANA)”
Merupakan program yang melibatkan peserta dari kalangan wanita sahaja yang pastinya menjanjikan manfaat dan keseronokan kepada semua. Bertemakan “CONNECTING GIRLS, INSPIRING FUTURE”
RAMBUT MAHKOTA WANITA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Bersempena dengan musim bunga kali ini, saya nak berkonsi sedikit tips tentang penjagaan rambut. Rambut adalah mahkota bagi wanita. Kecantikan dan kesihatan rambut sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian pemiliknya. Sebab itulah penjagaan rambut sangat penting tidak kiralah sama ada wanita itu bertudung atau tidak.
Terdapat pelbagai produk untuk rambut di pasaran, ada yang mahal dan ada yang berpatutan. Tapi, tahukah anda yang sebenarnya makanan juga boleh digunakan sebagai produk penjagaan rambut? Mari kita lihat 5 jenis makanan yang boleh memberi manfaat kepada rambut kita:
- Telur- Ia merupakan bahan paling murah untuk mendapatkan protein bagi kesihatan rambut anda. Mula-mula asingkan antara putih dan kuning telur. Kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 10 hingga ke 15 minit. Selepas itu, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Cuba amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hasilnya rambut anda akan lebih bersinar.
- Madu- Campurkan 2 sudu besar madu dengan 2 / 3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama setengah jam. Selepas itu bilas dengan air bersih. Walaupun ia mungkin agak melekit pada rambut anda, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk penjagaan kesihatan rambut.
- Limau nipis- Ia adalah cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Caranya adalah dengan lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama antara 20 hingga ke 30 minit. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
- Santan kelapa- Santan kelapa pula membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Caranya adalah dengan cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama antara 30 minit hingga ke 1 jam mengikut keselesaan. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
- Kacang hijau- Kacau hijau pula dapat membantu untuk melebatkan lagi pertumbuhan rambut anda. Caranya adalah dengan rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut tadi dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut anda menggunakan air bersih
Untuk wanita bertudung pula, penjagaan rambut sebenarnya tidak terhad kepada memakai syampu sahaja.
Mari kita lihat sedikit tips penjagaan rambut khas untuk wanita bertudung pula:
1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.
2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.
3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.
5. Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.
HELWA 2012
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua.
Sedar tak sedar, sudah genap empat bulan kita menempuh tahun 2012 dan sudah empat bulan juga ruangan Hal Ehwal Wanita (HELWA) KUK ini tidak di “update” dengan isi-isi terbaru. Kami memohon maaf atas kekurangan tersebut dan akan berusaha untuk terus menjadikan ruangan ini sebagai medium untuk berkongsi info-info berguna khususnya untuk wanita.
Untuk memastikan HELWA boleh terus dijadikan sebagai medium untuk melahirkan wanita berjaya dari pelbagai aspek, kami telah membina visi dan misi HELWA yang tersendiri.
VISI HELWA
“Melahirkan wanita yang mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara”
MISI HELWA
1) Memastikan semua aktiviti yang dianjurkan memberi manfaat kepada wanita
2) Memastikan kerja/aktiviti yang dilakukan sentiasa efektif, sistematik dan berada di landasan yang betul
Bersesuaian dengan visi dan misi kami, seperti tahun sebelumnya, tahun ini juga Biro Helwa telah merangka beberapa aktiviti menarik khususnya untuk ahli-ahli wanita KUK yang semestinya bakal memberikan banyak manfaat dan pengalaman yang menarik. Tahun ini, aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja mementingkan aktiviti fizikal dan kemahiran tetapi juga aktiviti berunsurkan keagamaan dan ilmiah khusus untuk para muslimah. Tidak ketinggalan juga aktiviti yang bersesuaian untuk semua kaum tanpa mengira agama.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dengan sebarang aktiviti yang bakal kami anjurkan dengan mendaftar sebagai ahli Kelab Umno Korea.Teruskan sokongan anda untuk HELWA!
Sedikit mutiara kata untuk wanita sebagai penutup kata;
“Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
Kem Santun Anggun 2011
Alhamdullilah, Kem Santun Anggun (KSA) anjuran Biro Hal Ehwal Wanita ( HELWA) telah berlansung dengan jayanya pada 29 Oktober hingga 30 Oktober 2011 yang lalu di Chungcheon-si ,Kangwon-do Korea Selatan. Seramai 17 orang peserta wanita telah menjayakan kem ini sambil dibantu oleh beberapa ajk bantuan kelab dan dihadiri oleh penasihat KUK sendiri, Encik Syukri Abdullah dan isteri, Puan Aine Rahim.
Program bermula pada jam 12 tengahari dengan taklimat kepada peserta oleh Biro HELWA. Slot pertama iaitu ‘Ayuh Kreatif‘ bermula sejurus selepas solat dan makan tengahari. Slot ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sesi n dan membuat beg buatan sendiri. Slot ini dikendalikan oleh Puan Shahizah Muhd dan Dayang Fatin Nabila, pelajar tahun 1 Dongyang Mirae University.Selaras dengan objektif KSA iaitu meningkatkan keyakinan diri peserta dalam apa jua cabaran, setiap peserta diberi peluang untuk menempuhi cabaran dalam sukan lasak ATV ( all terrain vehicle) .Aktiviti yang berlansung selama satu jam 15 minit ini rata-rata memberi kepuasan kepada para peserta.
Slot ketiga iaitu Kelas Menari bermula selepas solat dan makan malam. Slot ini dikendalikan oleh seorang yang telah berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Cik Azizah Kamarudin .Peserta telah diajar tarian cha-cha. Kemudian, aktiviti pada malam itu diteruskan dengan slot Gaya yang dikendalikan oleh saudari Farahin Romli. Peserta diajar empat jenis gaya tudung terkini dengan sedikit sentuhan pengubahsuaian supaya masih mengekalkan syariat dalam menutupi aurat seorang muslimah. Bukan sahaja gaya tudung, peserta juga telah didedahkan dengan panduan asas mekap oleh Saudari Fadhilah Taib dalam slot ‘Rapi Diri‘ . Slot pada malam itu diakhiri dengan sesi perawatan kecantikan wajah yang telah dikendalikan oleh Puan Fatin Amalina. Peserta telah diajar bagaimanakan mengenakan produk penjagaan muka dengan betul.
Aktiviti hari kedua bermula dengan sesi tazkirah selepas solat Subuh oleh Saudari Siti Zulaihah dan diteruskan dengan sesi earobik oleh Saudari Siti Aminah Mazlan. Misi menyiapkan beg buatan sendiri disambung pada pagi itu sehingga pukul 12 tengahari. Majlis penutup telah diadakan sejurus selepas semua peserta telah siap berkemas untuk pulang. Dalam majlis penutup ini, Penasihat KUK, Encik Syukri sempat menyampaikan beberapa tip-tip penampilan untuk menghadiri temuduga terutama di syarikat antarabangsa kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar beramai-ramai.
Diharapkan semua peserta telah mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada slot-slot yang telah dijalankan dalam kem ini. Semoga segala kemahiran dan ilmu yang diperolehi dapat digunakan sebaiknya untuk meningkatkan potensi diri dan dapat menyumbangkan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Biro HELWA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan tenaga kerja yang telah bertungkus lumus menjayakan KSA 2011.
p/s: jangan lupa beri maklum balas pada link yang telah disediakan di event KSA
Tips Penjagaan Kecantikan Harian
Tips Penjagaan Kecantikan Harian
Salam pembaca Helwa sekalian..rasanya sudah lama kami tidak meng’update’ blog helwa kan..Jadi kali ini kami ingin kongsikan beberapa tip kecantikan harian dengan pembaca sekalian..Memandangkan sekarang adalah demam ‘exam’ bagi semua pelajar Malaysia di Korea, tetapi jangan lupa pada penjagaan diri terutama kepada golongan wanita sekalian..Janganlah bila ‘exam week’, kita kelihatan comot,kusam dan tidak menjaga penampilan diri..Walaupun tidak sempat ‘touch up’ tetapi biarlah kelihatan ceria bersih dan bersemangat..^^
Perkara yang paling penting untuk kelihatan sentiasa cantik dan bersemangat setiap hari adalah dengan menjaga pemakanan kita.Oleh itu kita perlu kenalpasti makanan yang baik untuk tubuh badan kita.Di sini kami ada kongsikan tips diet seimbang
Tips Makanan & Diet Seimbang
- Ambil Buah-buahan dan sayur-sayuran bagi sumber tenaga
- Jangan sesekali mengelak diri daripada mengambil ayam dan daging untuk membekal protein.Namun, sebelum itu,pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.
- Banyakkan pengambilan makanan jenis panggang, bakar atau kukus untuk mengurangkan kalori yang tinggi.
- Disarankan meminum 2 cawan susu tanpa lemak/yogurt/keju dalam diet harian.
- Hadkan pengambilan bijirin seperti roti dan nasi dalam pemakanan harian kerana boleh memberi impak yang besar dalam diet.
Untuk penampilan diri pula,kulit yang licin,cantik dan berseri adalah menjadi idaman semua wanita.Bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat,pastikan anda mangamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu membersih,menyegar & melembap
Tips Menjaga Muka
Pelembap
a)Kulit Normal
-memiliki kandungan minyak semula jadi tetapi akan menjadi kering atas factor cuaca & persekitaran
-disarankan memilih pelembap jenis ringan dalam bentuk losyen
b)Kulit Kering
-amat perlu menggunakan pelembap jenis tekstur berat seperti krim
-jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum tidur
c)Kulit Berminyak
-tidak perlu menggunakan pelembap kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak
-boleh menggunakan pelembap yang mengandungi bahan menyerap minyak yang bertekstur ringan seperti losyen/gel yang berasaskan air
Tips Solekan Natural & Segar
a)Persediaan Kulit Wajah
-bersihkan wajah dengan menggunakan pembersih yang lembut
-diikuti penyegar yang tidak mengandungi alcohol
-sapukan pelembap untuk mencegah kulit kering
b)Cerahkan Wajah
-supaya kulit bersinar dari dalam,sapukan ‘highlighter’ di atas tulang pipi dan bahagian tengah hidung sebelum mengapu bedak asas
c)Periksa Cela Wajah
-Concealer berfungsi untuk menutup cela pada wajah.
-cara terbaik menggunakannya ialah sapukan ia secara tipis pada kawasan ternoda sebelum menggunakan alas bedak
d)Bedak Asas yang Tepat
-Jika kulit berminyak,pilihlah bedak tabur yang ‘tranlucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak.
-Sapukan secara merata dengan menggunakan span besar
e)Bermain Warna
-Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra dengan gincu bibir seperti pink cerah
-untuk mata, sebaiknya pilih jenis ‘matte’.Hindari pembayang mata jenis ‘glossy’
Selain perlu menjaga penampilan diri dari segi luaran,kita perlu sentiasa mengambil berat pada tubuh badan terutama sekali apabila tubuh kita telah mengalami perubahan. Maslah paling kerap yang menghidap wanita adalah masalah perut buncit dan peha besar..Disini kami ingin kongsikan,
Tips untuk mengecilkan peha & kempiskan perut
1. Anda perlu baring terlentang
2. Angkat kedua-dua belah kaki keatas -90degree. Tarik Nafas ketika angkat dan lepas nafas slow2 ketika turunkan kaki anda. Lakukan setiap hari 3set. 1 Set 10 kali.
3. Angkat sebelah kaki keatas. 3 set juga seperti diatas.
4. Sit-up – Lakukan sit-up setiap hari sebanyak 3 set juga.
KEM SANTUN ANGGUN 2011
Istimewa buat wanita di luar sana, julung-julung kalinya biro HELWA akan menganjurkan..
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari cara menjahit manik hiasan dan membuat beg buatan sendiri dalam slot ayuh kreatif.
Anda juga bakal berpeluang mengetahui teknik-teknik penggunaan produk penjagaan diri dengan cara yang betul dalam slot rapi diri.
Ini la juga peluang untuk anda berkongsi kemahiran dan tips menggayakan tudung.
Sukakan aktviti lasak tapi belum pernah mencuba? Kami telah menyediakan slot riadah untuk anda bermain ATV!
Punya banyak persoalan dan ingin berkongsi pendapat dan pengalaman? Kongsikan kesemuanya dalam slot forum wanita..
Jangan lupa untuk membalas email ataupun hubungi sahaja mana-mana ajk KUK berdekatan anda. ^^
Kenali Sepatu Kamu!
Salam pembaca HELWA! Selamat pagi dan semoga semuanya berjalan dengan baik pada hari ini. Oh, entry kali ini benar-benar info yang sangat berguna buat pembaca setia HELWA di luar sana.
Kasut jalan-jalan? kasut pg kelas? Tidak! Sepatu kamu punya namanya yang tersendiri! ^^

Untuk mengetahui sepatu yang sesuai dengan bentuk kaki kamu sebelum berbelanja, tidak ada salahnya mengetahu jenis – jenis sepatu yang boleh memberi keyakinan dan penampilan yang sesuai dan menarik bukan? ^^
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis sepatu ini. boleh cuba tengok dekat sini.
Pilihan di tangan kamu. Selamat mencuba ^^
KAKI MU TIDAK SIHAT?
Apa khabar pembaca HELWA sekalian? Lama benar tidak bertanya khabar.Eentry kali ini istimewa buat mereka yang mungkin atau sedang mencari-cari tip-tip penjagaan kaki.
Petua Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah
1. Bersihkan kaki setiap pagi dan malam dengan menggunakan sabun anti bakteria dan lembut.
2. Gosok tumit dengan batu pumis ( boleh dibeli di farmasi mahupun outlet penjagaan diri dan kesihatan seperti Watson)

Contoh batu pumis di pasaran
Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal. Jika rekahan tumit besar, gunakan berus daripada gentian semulajadi. Cusi bersih dan lap hingga kering terutama di bahagian merekah.
3. Sapukan losyen pelembap atau minyak bayi.
4. Pakai stokis kapas ketika tidur.
5. Ulang semua proses ini selama 7 hari, apabila tumit kaki menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh diulang dua kali seminggu.
AWAS: Jangan cuba gunting kulit tebal (karus) kerana ia hanya akan mendedahkan kaki kepada jangkitan kuman.
Menghilangkan Bau Kaki
- Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki. Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.
- Jaga POLA PEMAKANAN. Kurangkan makanan yang menyebabkan keringat kita berbau seperti bawang dan kari.
- Ganti stokin yang dipakai setiap hari.
- Tidak menggunakan sepatu atau kasut yang sama selama 2 hari berturut-turut.
Urat Timbul Di Kaki
- Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
- Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
- Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur
Selamat mencuba. Jumpa lagi pada entry akan datang!
Sedapnya!
Pada 15 Mei 2011, Biro Hal Ehwal Wanita(HELWA), Kelab UMNO Korea telah menganjurkan sebuah bengkel membuat roti bertempat di kediaman Penasihat KUK, En. Mohd Syukri b. Abdullah Sani. Bengkel seumpama ini julung-julung kali diadakan khas buat ahli wanita KUK sahaja. Berikutan itu, seramai 15 orang peserta wanita yang terdiri dari golongan pelajar Malaysia dan bekerjaya di Korea Selatan telah menyertai bengkel ini. .Antara objektif HELWA mengadakan bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta mengembangkan bakat dan minat serta mempelajari kemahiran membuat roti. Peserta berpeluang mempelajari sebanyak 5 jenis resepi roti dalam bengkel ini.5 jenis roti tersebut adalah Sausage bread , Mexican bun , Minipiza hotdog, Cream horn bread, Sandwich Bread . Biro HELWA berbangga kerana bengkel ini dikendalikan oleh seorang wanita yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang masakan iaitu pasangan kepada penasihat KUK, Puan Aine Rahim. Malah, cadangan 5 jenis resepi roti ini dicetuskan oleh Puan Aine sendiri.
Atas komitmen penuh dari semua peserta, bengkel ini dapat dimulakan tepat pada 10:30 pagi dan berjalan lancar sehingga tamat pada pukul 4:00 petang. Ketika bengkel berlansung, peserta-peserta didedahkan dengan teknik-teknik asas dalam membuat roti seperti cara menguli doh roti dengan betul. Pada akhir bengkel, setiap peserta dapat membawa pulang kelima-lima jenis roti yang dibuat sendiri ketika bengkel berlansung. Bengkel ini berjaya mencapai objektif apabila rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dan berharap bengkel seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.
HELWA ingin mengucapkan tahniah di atas komitmen semua peserta bengkel kali ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Aine Rahim kerana sudi berkorban masa, berkongsi pengalaman dan ilmu yang kami kira sangat berharga. Terima kasih aunty =)
Sukacitanya kali ini HELWA akan memaparkan salah satu resepi yang dipelajari ketika bengkel berlansung.
DOH ASAS ROTI
500 g tepung high protien / tepung roti
120 g tepung gandum
110 g gula halus
20 g garam
1 sudu teh bread improver
4 sudu teh instant yeast
1 sudu teh bread softener
1 biji telur gred A
300 ml air / susu segar
30 g shortening
30 g margerine / butter
* jika susu tepung tiada, gantikan dengan 300 mlm susu segar. jika sebaliknya, gunakan hanya 300 ml air
* shortening yang digunakan adalah vegetable shortening. jadi berhati-hati jika membeli roti putih di luar. Pastikan kandungan shortening yang digunakan adalah halal seperti vege shortening. =)
Cara-cara membuatnya
1. Satukan semua bahan kecuali marjerin dan shortening. Gaul sehingga menjadi doh.
2. Masukkan marjerin dan shortening, uli sehingga lembut dan kenyal (15 /20 minit)
3. Bulat- bulatkan kecik adunan lebih kurang 50 gm. Kemudian, adunan kecil tadi diperap selama 10 minit.
4. Bentukkan adunan kecil tadi mengikut bentuk yang disukai. Perap lagi selama 45 minit.
5. Bakar dengan suhu oven 180 c selama 15 / 20 minit.
* Bagi resepi yang menggunakan egg wash
2 biji telur
1 sudu besar susu segar
beberapa titik madu
Apa yang boleh HELWA katakan, proses membuat roti memerlukan minat dan kesabaran. Nantikan bengkel-bengkel HELWA seterusnya.
Selamat mencuba!
Tips pemilihan pakaian untuk wanita!
Kali ini biro wanita menampilkan serba sedikit tips dan panduan dalam pemilihan pakaian khasnya untuk kaum hawa diluar sana. Memandangkan cuaca yang baik di bumi korea sekarang,harapnya info ini akan membantu anda semua dalam berfesyen.selamat mencuba!
Wanita harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berbeza. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.
Pemilihan warna pakaian sesuai dengan warna kulit;
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.
1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.
Ooopsss…Jangan Lupa! :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.
tapi…Jangan sesekali! :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.
Tip memilih seluar panjang;
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung.
Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.
Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bahagian hujung.
Tip berpakaian untuk tubuh berisi;
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-
* Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
* Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
* Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
* Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
* Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.
Bonus tips berpakaian yang mesti anda tahu;
1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
2. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
3. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
tip untuk kelihatan langsing;
- Pilih pakaian dalam warna-warna senada.
- Elakkan corak yang besar.
- Sebaiknya untuk baju berwarna cerah, pilih yang tekstur dan potongannya membuat tubuh kelihatan tampak lebih tinggi. Seperti rompi, jas, cardigan di bawah pinggul, dan pilih yang potongannya agak longgar.
- Pilih baju yang tidak banyak kancing dan aksesori. Jangan beli baju yang terlalu kecil atau besar.
- Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen. Hindari material yang lembut dan berkilat kerana anda akan lebih kelihatan berisi.
- Pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V untuk kelihatan lebih tinggi.
- Gunakan motif garis vertikal, tapi terlalu banyak garis vertikal malah membuat anda tampak lebih lebar. Garis vertikal atau diagonal yang tidak terlalu rapat lebih menguntungkan. Gaya yang memanjang ke bawah membuat anda kelihatan lebih langsing
- Pilih seluar panjang yang lurus. Seeloknya, pilih seluar yang tiada poket yang banyak.
- Agar kaki nampak lebih panjang, sesuaikan warna stoking dan kasut
Bengkel Membuat Roti
Salam alaik..
Buat julung-julung kalinya HELWA bakal menganjurkan Bengkel Membuat Roti khas buat ahli WANITA KUK sahaja! =)
Bengkel ini akan dikendalikan khas oleh tenaga pengajar profesional , Pn Aine Rahim. Pelbagai jenis roti bakal sama-sama dipelajari nanti. Antaranya ialah ;
1. Sausage bread
2. Mexican bun
3. Minipiza hotdog
4. Cream horn bread
5. Roti sandwich
Menarik bukan? Jadi yang berminat, jangan lepaskan peluang menimba pengalaman dan ilmu membuat roti dengan menyertai bengkel pertama HELWA. Maklumat secara terperinci akan dihantar melalui emel dalam masa terdekat. Jangan lupa membalas email dengan segera, PENYERTAAN adalah TERHAD!
Musim Bunga Tiba Lagi!
Assalamualaikum ..
Kata orang Korea ’봄은 여자의 계절’ ataupun dalam bahasa Melayu, ‘musim bunga adalah musim untuk wanita’. Betul ke? Hehehe..
Memandangkan hari ni tiada kelas, maka ramailah teman-teman yang telah keluar menikmati sakura yang kini berkembang mekar. wah! ^^
Jadi sempena musim bunga yang tgh mekar ni, HELWA ade sesuatu yang ingin dikongsi.Tahukan kalian warna-warna baju yang sesuai digayakan ketika musim bunga? HELWA punya jawapan itu!
1. Musim Bunga
Tak kan musim bunga je ada warna? Jom kita tengok musim-musim lain pula^^
2. Musim Panas
3. Musim Luruh
4. Musim Sejuk
Haa..sudah punya idea bagaimana menggayakan penampilan anda sesuai dengan warna-warna setiap musim? Semoga info di atas dapat membantu para pembaca di luar sana memilih penampilan anda^^. Ceriakan hujung minggu anda dengan senyuman dan aktiviti-aktiviti bermanfaat. Berkelah dan berbasikal sambil mengambil gambar pasti adalah aktiviti yang tidak boleh dilepaskan ketika musim bunga. Selamat mencuba dan berhujung minggu.
p/s : Jangan lupa mengulangkaji pelajaran. Selamat menghadapi peperiksaan!Fighting!
10 PANDUAN ATASI KEBOSANAN
Assalamualaikum..
Apa khabar pembaca HELWA sekalian? Pasti ramai di kalangan kita yang sibuk mengulang kaji dan menyiapkan tugasan memandangkan ‘mid term’ sudah semakin hampir tiba. Pasti bukan? Rutin dan pekerjaan yang sama seringkali akan menimbulkan kebosanan. Itu adalah NORMAL bagi semua manusia. Tapi kita tak boleh biarkan keadaan tersebut berlarutan hingga menggugat kualiti dan psikologi.Oleh, HELWA akan berkongsi beberapa tip bagi mengatasi masalah ini..
1. Luaskan Minda
Tak kira berapa pun usia kita, perkembangan manusia akan terus berjalan. Begitu jugalah dengan MINDA kita yang secara semulajadi dirancang terus berkembang hingga memerlukan tambahan perkara baru.
Seiring dengan itu, belajarlah tanpa henti bagi memperluaskan pengetahuan. Belajar perkara- perkara BARU tanpa henti. Belajar tidak semestinya dalam akademik dan untuk peperiksaan sahaja. Belajar benda baru melalui persekitaran sama ada dari segi PENAMPILAN, AKHBAR atau BUKU atau hal-hal lain segi ianya bermanfaat.
2. Cari Aktiviti/Kegemaran Baru
Ingat zaman kanak-kanak kita dulu? setiap kali kita dapat mainan baru kita bagaikan tak boleh berpisah dengannya dan main tanpa kira waktu kan? Tapi lepas seminggu kita dah mula rasa bosan dengan mainan tersebut. Samalah dengan kita yang dah dewasa yang seringkali berhadapan dengan tugasan seharian. Bezanya, kita org dewasa dituntut BERTAHAN dan MENYESUAIKAN DIRI dengan rasa kebosanan itu.
Bagaimana mahu mengatasi rasa kebosanan itu? Carilah aktiviti baru di luar rutin harian. Luangkan masa untuk melakukan aktivit yang digemari seperti SENAMAN dan BERJOGGING . Gunakan peluang dan kemudahan yang ada di sekeliling anda contohnya fitness centre dalam kawasan universiti anda ^^. Anda juga boleh cuba MENYERTAI KELAB-KELAB yang ada di universiti anda. Pilih sahaja aktiviti yang menjadi kegemaran anda! Pasti banyak pengalaman baru yang bakal anda perolehi. =)
3. Melakukan Perubahan
Anda bangun, pergi ke kelas dan pulang ke rumah. Itu rutin harian kita bukan? Bertemu, melihat dan melakukan perkara yang sama pasti membuatkan kita rasa sangat bosan. Untuk mengatasi rasa bosan tersebut, anda boleh melakukan PERUBAHAN pada PERKARA-PERKARA KECIL yang diahadapi setiap hari.
Sebagai contoh, susun atur meja di bilik anda atau mungkin wallpaper di komputer yang anda gunakan setiap hari. Selain itu, cara berpakaian atau bahkan jalan ke pejabat atau universiti juga boleh ditukar bagi membantu menghilangkan kebosanan.
4. Ubah Bahasa Tubuh
Bahasa tubuh merupakan perkara yang jarang kita perhatikan. Namun, bahasa tubuh memberikan kesan terhadap perasaan. Orang yang BOSAN biasanya akan terlihat melalui CARA DUDUKnya yang kelihatan MALAS, MENUMPANG DAGU dan WAJAH kelihatan MURAM. Ketika bosan menjelma, cubalah DUDUK TEGAK dan TERSENYUM. Lihat kesanya pada diri anda.Ia dapat membantu.
5. Ciptakan Ketenangan
Setiap orang mahukan suasana yang damai bukan? Kerana suasana damai mendorong kita untuk selalu tenang. Dengarlah muzik kegemaran anda semasa bekerja atau mengubah ruang belajar atau bekerja menjadi tempat yang selesa.
Kerja memang tidak akan pernah habis. Minggu demi minggu kita akan menjalani rutin yang sama. Jadi MANFAATKAN HUJUNG MINGGU anda dengan bercuti dan berehat. =)
6. TERAPI RASA MALAS BANGUN PAGI
Pukul berapa biasanya anda bertolak ke universiti atau tempat kerja? Biasanya 8:30pg atau bagi mereka yang kelasnya bermula petang, ada yang bangun setelah azan zohor berkumandang, bukan? Jadi bangunlah lebih awal daripada biasa agar anda menjadi lebih segar dan tidak kelam kabut. Sekiranya bangun awal, anda punya masa untuk melakukan senaman ringan seperti regangan. Pergerakan ini membuatkan tubuh kita lebih relaks. Tidur memang membantu memulihkan tenaga namum jika posisi tidur salah, otot-otot akan kaku. Tidak salah lakukan senaman kecil bagi memulakan hari anda.^^
7. Mandi Sinar Matahari
Takut dengan sinar matahari? Matahari pagi baik untuk untuk kesihatan tulang. Perkara wajib yang anda lakukan selepas bangun tidur semestinya mandi. Mandi bukan sekadar dengan air dan sabun, mandi pagi bermakna dengan kehangatan sinar matahari dan ini secara tidak langsung menghangatkan fikiran anda.Cubalah..^^
8. Joging
Kita sering sibuk dengan jadual belajar yang ketat. Namun, jika mampu, lakukan JOGING paling kurang 30 MINIT SEHARI. Tubuh kita perlukan oksigen untuk membuatkan otak memberi tumpuan lebih maksimum.Menghirup udara segar membantu kita menumpukan lebih perhatian.Apabila udara yang dihirup hanyalah udara panas atau air cond, maka ada baiknya anda luangkan masa hujung minggu anda untuk joging dan menghirup udara segar.
9. Sarapan.
Jangan pandang remeh tentang sarapan. Sarapan berkaitan dengan PENUMPUAN BEKERJA. Memulakan hari anda dengan perut kosong akan meningkatkan stres dan kebosanan. Sekiranya anda tidak bolek makan dengan kuantiti yang banyak, ambillah sarapan yang ringan untuk perut, misalnya minum susu, telur dadar atau epal. Tidak sempat untuk bersarapan? Kerana itulah, anda disarankan bangun lebih awal daripada biasa. Sarapan ringan cukup mudah dan tidak mengambil masa yang panjang!
10. Dengar lagu-lagu yang memotivasikan
Alunan muzik mampu mengubah perasaan. Pilih lagu yang membuatkan anda merasa tenang dan semangat. Contohnya, cuba dengar nasyid selawat pada awal pagi.=) Memulakan hari dengan fikiran atau hati yang positif boleh membuatkan sepanjang hari anda pada keadaan yang diharapkan.
Jika anda harapkan apa yang dilakukan berhasil, berfikirlah secara positif dan tentukan apa yang diinginkan itu terlaksana. Memulakan sesuatu yang positif membawa anda pada kejayaan!
Ambillah beberapa tip di atas mengikut kesesuaian diri anda sendiri. Lakukan sedikit perubahan dalam rutin harian anda. Pasti anda rasa perbezaannya. Selamat mencuba! =)
sumber : Majalah NUR edisi Februari 2011
Antara Garisan
Assalamualaikum….
Rasanya ini kali pertama kita bertemu di alam pena dan tajuk artikel nie pn kedengaran agak ‘familiar’ kan.Dan sebenarnya tajuk ini sesuai dengan keadaan semasa dunia yang masih lagi ‘hangat’ dengan berita mengenai bala tsunami yang melanda negara jiran kita iaitu ‘jepun’. Harap semuanya bertambah baik dan pulih seperti sediakala.
Ini merupakan ‘karangan’ pertama dari saya dalam hidup saya setakat ini melainkan karangan untuk peperiksaan…sebenarnya agak ‘xcited’ dan ‘nervos’.biasala mungkin bukan dilahirkan untuk menulis tapi hanya untuk membaca atau benda2 lain yang tak berfaedah seperti shopping(hehe)…
Disebabkan beberapa minggu lepas merupakan hari wanita sedunia.rasanya tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat hari wanita kepada wanita-wanita atau gadis-gadis sekalian. Ucapan adalah sayangilah diri anda.kenapa? sebab bila kita sayang diri kita baru Allah sayang kita.betol x?^^
’antara garisan’nie sebenarnya adalah tajuk sebuah drama melayu syarikat swasta yang rasanya hampir separuh daripada kita semua sudah menonton drama tu,kan.tapi memang berbaloi masa yang diluangkan utk menonton drama tu.bukan sebab pelakon2 tapi mesej yang disampaikan sangat2 hebat dan mendalam.(fuh!).kalau difikirkan, banyak yang boleh ditafsirkan melalui perkataan ‘antara garisan’ ini.tapi pada saya, ia lebih kearah kepada persimpangan kepada pilihan dalam hidup kita.kenapa? sebab dalam hidup kita semua ada pilihannya.nak buat baik atau jahat,nak sembahyang atau tidak, nak tutup aurat atau tidak, nak buat maksiat atau tidak.semuanya atas pilihan dan niat kita.
Sesuai dengan suasana hidup kita sekarang di perantauan. Yang tidak dpt dnafikan sangat ‘tough’ dan cabarannya sangat kuat dan hebat. Tambahan pula tidak ada ibubapa sebagai pengawal hanya rakan-rakan sebagai pemerhati.sebab itu,apa yang kita nak buat seharian semuanya atas pilihan hati dan akal masing-masing.tidak ada paksaan atau tidak ada siapa2 yang nak marah atau ambik kisah , janji pergi kelas ikut ‘time’, result biar lepas ‘cut point’ kalau tidak, balik kampungla jawabnya. Apa yang kita buat seharian,nak pergi mana,nak keluar dengan siapa, memang xde yang kisah dan tahu kecuali penjaga setia kiri kanan kita.
‘ Hati Adalah Ladang Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya’-mutiara kata.
Sesungguhnya hati kita hidup dengan perkara yang baik.perkataan baik yang keluar dari mulut,pergaulan yang baik,menjaga aurat dengan baik dan sempurna.ia sebenarnya umpama makanan kepada roh kita.”orang baik ini macam mana?”,”sebab aku tak pakai tudung,tak pergi usrah kira aku bukan orang yang baik?(tepuk dada tanya iman). Orang yang punya hati yang baik akan buat perkara yang baik dan akan terzahir ketenangan diwajahnya(kata-kata nasihat daripada seorang teman.terima kasih^^)
Sebenarnya kali ini saya ingin berkongsi mengenai perihal wanita.(maklumlah hari wanita kan..)kalau dilihatkan dan diperincikan sejarah kejayaan lelaki yang hebat,akan ada seorang wanita yang juga hebat sebagai tulang belakang.Ini terbukti yang wanita.tersangat besar peranannya.kalau dilihat kepada sejarah-sejarah dunia,betapa besarnya pengaruh wanita seperti zaman Hellenistic iaitu semasa pemerintahan Caesar yang hancur disebabkan cintanya pada Cleopatra. Dan yang menyayatkan hati ialah zaman Rasulullah S.A.W iaitu semasa ‘tahun kesedihan’ (619M) dalam hidup baginda salah satunya disebabkan kematian isteri tercinta iaitu Saidatina Khadijah binti Khuwailid.betapa cintanya baginda kepada isterinya yang merupakan tulang belakang kepada perjuangan dan hidup baginda.oleh itu,kalau dilihat,wanita tersangat besar peranannya terutamanya dalam institusi kekeluargaan sebagai ibu yang menjadi pendidik kepada anak2,sebagai isteri yang taat melayani suami.malahan sekarang wanita adalah salah satu pemangkin ekonomi sesebuah negara.betapa hebatnya wanita zaman sekarang. Tapi adakah wanita yang hebat adalah wanita yang berkerjaya yang berpangkat tinggi yang berkelulusan lepasan universiti?
Tetapi wanita yang hebat adalah wanita yang berjaya mengawal akal dan nafsunya.kenapa? kerana wanita mempunyai akal yang satu dan Sembilan nafsu.kalau difikir secara logik pun, macam mana nak mengawal sembilan nafsu dengan keupayaan satu akal.susah kan.tapi sebenarnya memang susah.wanita adalah makhluk Allah yang lemah lembut jiwanya cepat beremosi dan cepat melatah dan disebabkan itulah wanita hanya sesuai sebagai pembimbing, pendidik dan bukanlah sebagai pengarah.Walau bagaimanapun,kalau bercakap mengenai sifat wanita,apa yang dibayangkan mestilah kelembutan dan kaya dengan sikap pemalu.
“Malulah Kepada Diri Sendiri “Barangsiapa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada diri sendiri bererti tiada harga dirinya pada pandangannya. Malu Lebih Baik Daripada Takut “Sifat malu yang ada pada anak kecil itu lebih baik daripada takut, kerana malu itu menunjukkan kepada aqal dan takut itu menunjukkan kepada kebaculan”.-mutiara kata
kayakanlah diri kita dengan sikap pemalu bukan hanya dengan ilmu pengetahuan.tapi biarlah malu ‘bertempat’.bila diri kita kaya dengan sikap malu maka tercegahlah perkara-perkara yang mungkar, kerana malu dan iman umpama persahabatan yang tidak dapat dipisahkan.makin kuat iman seseorang maka tebal malunya.Betapa hebatnya sikap pemalu ini sehingga mampu membentuk peribadi yang hebat.
Sabda Rasulullah saw, ”Rasa malu dan iman itu sebenarnya berpadu jadi satu,maka apabila lenyap salah satunya, hilang pulalah yang lainnya (H.R. Hakim danBaihaqi).
”Jika engkau tidak lagi memiliki rasa malu, maka berbuatlah sekendak hatimu
(H.R. Bukhari)
Kayakan sikap malu, bukan malu bertanya tapi dengan sikap pergaulan bebas,malu dengan helaian rambut bila aurat dipertontonkan,malu dengan nada suara yang lantang bila bercakap,dan byk lagi.Renunglah sekeliling kita,seperti apa yang terjadi sekarang dan apa yang paling dekat dengan kita semua buat masa sekarang adalah tsunami.tsunami bukan hanya sebuah bencana alam semata-mata tapi adalah berita amaran untuk kita sendiri.untuk kita renung kembali apa yang kita lakukan.Semoga kita bukan tergolong daripada golongan yang lalai. Berusahalah kita menjadi wanita yang hebat.semoga kita semua dapat menjadi wanita dan isteri sehebat Khadijah dan Fatimah secantik Balqis setulus Zulaikha sekuat Hajar dan Sarah.
Sebelum mengakhri penulisan ini,saya ingin berkongsi sesuatu dalam hidup saya. Disebabkan saya baru melangkah ke alam perkahwinan(jari masih berinai merah katakan….hihi),soalan yang paling kerap ditanya oleh rakan2 atau soalan cepumas ialah “bahagia ke kahwin?”,”apa perasaan lepas kahwin?”.jawapan saya hanya satu iaitu hanya sebuah senyuman.kenapa? sebab tidak ada perkataan yang sesuai untuk saya nyatakan jawapan kepada soalan2 tersebut.ianya lebih kepada perasaan hati yang sangat2 tenang.Alhamdulillah Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.bersyukur kerana terpelihara dari dosa-dosa maksiat, terpelihara daripada menjadi beban dosa kepada ibu ayah(sesungguhnya dosa anak perempuan akan ditanggung oleh ayahnya sehingga dinikahkannya).
Semoga kita semua dapat renungkan kembali apa yang kita lakukan dan siapa diri kita sebenar.semoga apa yang saya coretkan ini dapat kita sama2 renungkan.kepada diri saya juga.jika ada yang tersinggung dengan coretan ini,saya hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan.hanya kemaafan dihulur.
Wassalam.
Have A Look =)
Assalamualaikum…
Info fesyen pertama dari HELWA! Terima kasih kepada anggota kelas blog, Azyan Nadiah.
Sudah punya idea untuk menggayakan hijab anda ? Selamat Mencuba ^^
Kelebihan Seorang Wanita
Assalamualaikum..
Apa khabar pembaca setia HELWA sekalian? Bagaimana dengan sem baru di uni masing-masing? Moga semuanya baik-baik belaka. Sebelum HELWA hamparkan post menarik kali ini, mari kita sama-sama panjatkan doa kepada saudara kita yang berada di Jepun agar mereka semua selamat dan keadaan di sana pulih dengan segera.
Berbalik kepada post kali ini, tahukan pembaca HELWA sekalian, agama Islam adalah satu-satunya agama yang mengangkat darjat wanita? Bahkan Rasulullah SAW juga berpesan dalam wasiat terakhirnya supaya hak orang perempuan mestilah dijaga.
KELEBIHAN SEORANG WANITA
-
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
-
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
-
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
-
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
-
Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
-
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
-
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
-
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
-
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
-
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
-
Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
-
Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
-
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
-
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
-
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
-
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
-
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
-
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
-
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
-
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
-
Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
-
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
-
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
-
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
-
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Banyakkan kelebihan seorang wanita yang baik? Moga post HELWA kali ini memberi semangat kepada pembaca sekalian memperbaiki diri agar lebih baik daripada sebelum ini. Jumpa lagi akan datang =)..Salam
Berusahalah!
Salam buat semua,
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, post kali ini HELWA akan menghuraikan maksud
ungkapan ini,
“Wanita adalah tiang Negara, jika baik Wanita suatu Negara maka baiklah Negara nya. Dan jika rosak mereka maka akan hancur pulalah Negaranya”
(Sabda Rasulullah)
Apa maksud ‘tiang’ kat sini? Macam tiang lampukah?
Rasulullah tak kan samakan wanita dengan tiang tanpa sebab. Sebagaimana sifat tiang dalam sebuah bangunan yang menjadi penentu kekuatan, sebuah rumah dilihat indah dari luar namun jika tidak memiliki tiang yang kukuh, ia akan roboh.
Wanita bukan hanya pintu pembuka, bukan plak tempat berteduh, apatah lagi alas tempat kaki berpijak.Bahkan bukan dinding penutup aib dari pandangan orang. Wanita adalah TIANG, kalau dirobohkan roboh pulalah seluruh bangunan.
Tidak dinafikan lelaki lebih pintar, tetapi apabila bermain dengan perasaan, wanita selalu tak boleh dikalahkan. Tidak dinafikan lelaki lebih kuat tenaganya, tetapi dalam bab kesabaran menghadapi kesukaran selalunya wanita lebih kuat. Jadi jelas tak di sini, wanita adalah tiang, tumpuan segala permasalahan.
Satu kajian membuktikan bahawa kemampuan otak kanan dan otak kiri seorang wanita seimbang sementara lelaki lebih cenderung kepada otak kiri (kemampuan berfikir) lebih baik dari kanan. ( Sebab itulah, ada antara pelajar lelaki yang tidur di dalam kelas masih mampu menjawab matematik dengan betul (=_=)
1.Wanita lebih kuat berhadapan dengan masalah
2. Mampu melakukan dua perkara sekaligus dalam satu waktu.
Percaya tak? Ibu kita walaupun sedang berbincang masih boleh menjahit baju kerana dia boleh memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan sambil melakukan benda lain..Tapi, bila ingin berbincang dengan adik lelaki, mata adik harus menatap wajah ibu kita sebab bila otak adik sedang bekerja, dia tidak boleh melakukan perkara lain.
Ternyata sekali benar apa yang disebut Rasulullah, wanita sebagai tiang, kerana sifat tiang itu sendiri mampu melakukan banyak perkara dalam waktu yang sama.
Dengan banyak perbezaan, wanita dan lelaki dicipata berlainan. Jadi mengapa harus menuntut persamaan hak dan kesamarataan jika perbezaan itu bukan merendahkan mereka namun ia adalah kemuliaan kalau kita lihat dengan lebih mendalam.
Contoh mudah, perbezaan cara berpakaian adalah tanda menghormati diri sendiri, sebab wanita yang tak mempertontonkan auratnya sebenarnya melindungi dirinya daripada kejahatan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Contoh kedua, kenapa hak talak diberi kepada lelaki? Sebab ia adalah cara paling selamat untuk mengelakkan penceraian, Wanita kan lebih emo sikit? Berbanding lelaki yang lebih berfikiran logik.
Sehubungan itu, bukan mudah menuju kesempurnaan kerana kesempurnaan wanita adalah ketika mereka menjadi tiang.Tidak salah untuk kita berusaha bukan? Tempat anak bersandar, tempat keluh kesah keluarga, tempat melakukan kerja dalam satu-satu masa.
Jadi, wahai para tiang, tak usah jadi atap, dinding, pintu atau yang lain.Tetaplah menjadi tiang yang menjalankan fungsi tiang sebab yang terpenting dalam sebuah kehidupan adalah tiang.
Setakat ini dulu dari HELWA, insyaAllah kami akan menyusul lagi dengan informasi yang lebih menarik!
Jadilah ‘TIANG’ Yang Baik
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
“Wanita adalah Tiang Negara , jika baik Wanita sesuatu Negara maka baiklah Negaranya. Dan jika rosak mereka maka akan hancur pulalah Negaranya.”
Assalamualaikum buat semua..
Bagaimana dengan cuti semester kalian? Pastikan cuti semester kali ini terisi dengan perkara yang bermanfaat dan bermakna. HELWA menjumpai ungkapan ini ketika membaca sebuah majalah, terasa gembira untuk berkongsi buat semua pembaca. ^^
Apa kata kita sama- sama renungkan maksud ungkapan di atas ? Pada post yang akan datang, HELWA akan berkongsi maksud sebenar ungkapan ini.
p/s : HELWA mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai Hazim dan Fatin. ^^




































